Tak cukup dengan Penthouse 3 dan juga Voice 4, kini muncul satu lagi drama Korea yang boleh diberi perhatian berjudul The Devil Judge.

Bukan kaleng-kaleng guys! Lihat sahaja kepada barisan pelakon utama The Devil Judge pun sudah cukup menyakinkan penonton.

Nama-nama hebat seperti Ji Sung, Kim Min Jung, dan Jinyoung (GOT7) ini tidak perlu dipertikaikan lagi kreadibiliti mereka dalam bidang lakonan.

Buktinya, baru sahaja episod satu ditayangkan, drama ini sudah menerima begitu banyak respon positif.

Bukan itu sahaja tau, bah kan menurut Nielsen Korea episod pertama The Devil Judge telah memperoleh skor yang rata-ratanya di seluruh negara sebanyak 5.6 peratus.

The Devil Judge juga berjaya mendapat tempat pertama dalam slot waktunya di semua saluran termasuklah rangkaian penyiaran awam.

Boleh dikatakan The Devil Judge ini ‘berlumba-lumba’ mendapat tempat tertinggi dengan drama hit, Voice 4.

Ini merupakan antara reaksi netizen.

Sementara itu, Voice 4 juga berjaya mempertingkatkan rentaknya dengan mendapat banyak tontonan menerusi setiap episod.

Siaran terbaru Voice 4 juga memperoleh purata sebanyak 4.0 peratus di seluruh negara sekaligus menandakan penilaian tertinggi untuk musim ini setakat ini.

Jangan lupa saksikan The Devil Judge, setiap Ahad dan Isnin, jam 10.15 pm di tvN (saluran 395) dan Voice 4, setiap Sabtu dan Ahad, jam 9.20 malam menerusi saluran yang sama.

Sinopsis:
Dengan mengambil latar belakang suasana dystopia di mana rakyat tidak mempercayai dan benci terhadap pemimpin mereka,

Dalam keadaan undang-undang tidak memberi apa-apa erti. Hakim, Kang Yo Han (Ji Sung) menjanjikan perubahan baru untuk masyarakat.

Sedikit kelainan apabila pertunjukan ruang sidang secara langsung iaitu menyerupai siarana realiti tv akan diadakan setiap kali perbicaraan berlangsung dan seluruh negara dibenarkan turut serta.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
#OhDaebak merupakan kolum baharu dalam Gempak Chingu yang dikeluarkan setiap Ahad. Berkonsepkan santai, #OhDaebak akan berbicara apa sahaja tentang Korea termasuklah K-Pop, K-Drama, lifestyle, makanan atau topik-topik yang sering dibualkan K-fans. Come on! It’s spazzing time guys!