Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

#OhDaebak: Selamba Tuduh Guna Steroid, Hello! Dah 20 Tahun Kim Jong Kook Maintain Body Tegap! Nah Foto Bukti

Mya Amri
07/11/2021 12:23 MYT
Penyanyi dan anggota Running Man, Kim Jong Kook sememangnya dikenali sebagai selebriti Korea yang mengamalkan gaya hidup sihat.

Tidak kira dari artis terkenal, idol atau pun pelakon popular pasti rata-ratanya akan menyebut nama Jong Kook sekiranya diminta untuk menamakan bentuk badan yang diinginkan mereka.

Begitu juga Running Man, tetamu jemputan lelaki pasti akan menyimpan hasrat untuk mengalahkan Jong Kook yang diberi jolokan mr commander dan Sparta dalam rancangan tersebut.

Namun baru-baru ini seorang bodybuilder dari Canada tampil dan mendakwa Jong Kook mengambil bahan terlarang iaitu steroid untuk mengekalkan tubuh badan kekar.

Bodybuilder dan juga jurulatih kercergasan Greg Doucette memuat naik video berjudul Kim Jung Kook \\ Natty or Not dan menyuarakan kemusykilannya terhadap bentuk fizikal Jong Kook.

Jurulatih itu menyatakan bahawa adalah mustahil untuk Jong Kook mengekalkan bentuk badannya seperti itu pada usia 45 tahun.

Tidak cukup dengan itu dia juga bertaruh sejuta dolar bahawa Kim Jong Kook menyalahgunakan steroid.

Video tersebut kemudiannya menjadi tular di media sosial dan menimbulkan kemarahan peminat Jong Kook dan juga penonton Running Man.

Bagaimanapun #OhDaebak merasakan sepanjang penglibatan Jong Kook dalam dunia seni, pasti ramai yang sudah melihat sendiri bagaimana tegasnya dan cerewetnya dia menjaga pemakanan.

Tak perlu nak berikan contoh lain, lihat sahajalah dalam Running Man atau pun rancangan variati yang melibatkan Jong Kook pasti semua tahu rutin pemakanannya.

Malah Jong Kook juga mempunyai satu ruangan khas atau bilik yang dijadikan gym untuk dia melakukan senaman di rumahnya sendiri.

Disebabkan itu juga, anggota Running Man sendiri memberikan gelaran Fitness freak dan ketagihan gym pada Jong Kook.

Bukanlah mahu memihak pada sesiapa cuma #OhDaebak rasa tidak elok melakukan tuduhan tanpa bukti lebih-lebih lagi pada Jong Kook yang memang semua tahu betapa sukanya dia terhadap perkara-perkara melibatkan kesihatan tubuh badan.

Dengan senaman dan penjagaan pemakanan yang konsisten selama hampir 20 tahun, Jong Kook berjaya mengekalkan tubuh badanya dengan baik sekali.

Kali ini #OhDaebak kongsikan foto-foto perubahan fizikal badan Jong Kook yang menjadi idola ramai selebriti.

2021 - paling terbaharu




------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
#OhDaebak merupakan kolum baharu dalam Gempak Chingu yang dikeluarkan setiap Ahad. Berkonsepkan santai, #OhDaebak akan berbicara apa sahaja tentang Korea termasuklah K-Pop, K-Drama, lifestyle, makanan atau topik-topik yang sering dibualkan K-fans. Come on! It’s spazzing time guys!

#Kim Jong Kook #Artis Korea #Sado #Man #Running #Fitness #Gym #Steroid #Body Cantik #Mr Commander #Oh Daebak, Ohdaebak, #Sparta #Fitness Freak #Healthy Lifestyle
;