,
Artis Korea

#OhDaebak: So Much To Love! Ini Enam Watak Jung Hae In Paling Disukai Peminat

Mya Amri
22/08/2021
15:00 MYT
Tidak dinafikan pelakon, Jung Hae In semakin dikenali dan diminati oleh para pencinta drama Korea.
Tidak hanya memiliki rupa paras yang kacak, penampilan yang kemas serta senyumannya manis juga merupakan antara daya tarikan yang dimiliki Hae In.
Oh tetapi jangan salah sangka ya, bukan hanya sekadar rupa paras menjadi kesukaan penonton, sebaliknya kemahiran berlakon yang mantap juga sudah cukup membuktikan Hae In memang mempunyai bakat dalam bidang lakonan.
Terbaharu, aktor kacak berusia 33 tahun ini akan muncul dalam siri Netflix berjudul D.P pada 27 Ogos ini.
Menerusi D.P, penonton akan dapat melihat sisi berbeza Hae In dalam membawakan watak sebagai anggota tentera bernama, An Jun Ho.
Sebelum kemunculan An Jun Ho, #OhDaebak imbas kembali enam watak Hae In kesukaan penonton.
#Tune In For Love sebagai Cha Hyun Woo
Dalam Tune In For Love, Hae In memegang watak sebagai Cha Hyun Woo. Watak tersebut mengisahkan Hyun Woo yang berdepan dengan pelbagai kesukaran selain disalah anggap kerana menjadi tahanan sewaktu usia remaja walaupun dirinya tidak bersalah.
#One Spring Night sebagai Yu Ji Ho
Sedikit kelainan, dalam One Spring Night, Jung Hae In memainkan peranan sebagai seorang bapa tunggal dan ahli farmasi bernama Yu Ji Ho.
Menerusi watak ini, penonton dapat melihat bagaimana Hae In menjadi seorang bapa tunggal yang penyabar dan matang.
Rasanya, Yu Ji Ho merupakan ahli farmasi yang paling tampan pernah kita lihat kan? Heheh.
#Something In The Rain sebagai Seo Jun Hui
Drama Something In The Rain merupakan antara drama yang menaikkan nama Jung Hae In kerana ini merupakan kali pertama aktor ini mengambil peranan sebagai watak utama.
Memegang watak sebagai Seo Jun Hui, karakter ini pada dasarnya adalah berkenaan dengan adik lelaki sahabat anda yang dibesarkan menjadi seorang yang sangat baik.
Dia juga merupakan seorang yang sangat protective! Walaupun dia tidak mampu untuk melawan mereka yang menentang dan tidak bersetuju dengan hubungan cintanya namun Jun Hui tetap berani dan optimis.
Kalau dalam bahasa mudahnya adalah seorang yang positif dan husnuzon gituh!
Momen-momen terbaik Jun Hui dalam Something in the Rain? Hey! Sudah tentulah babak romantik yang boleh buat hati wanita berdebar.
#Prison Playbook sebagai Yoo Jeong Woo
Kali ini agak berbeza sedikit kerana menerusi Prison Playbook,Jung Hae In dapat menunjukkan sisi lain dengan wataknya sebagai Kapten Yoo.
Ketika pertama kali Kapten Yoo memasuki penjara, para tahanan takut kerana tuduhannya menyerang seorang askar hingga mati.
Walaupun Kapten Yoo bergelut dengan dakwaan yang tidak benar namun dia mendapat kepercayaan dari rakan-rakannya sehingga mengakibatkan beberapa adegan pertengkaran yang lucu.
Siapa yang belum tonton Prison Playbook, #OhDaebak sarankan korang tengok! Rugi tau sebab drama ni memang best!
Hmmm lagi pun Jung Hae In kelihatan segak berpakaian seragam, ihik! Bonus lah orang kata kan.
#While You Were Sleeping sebagai Han U Tak
While You Were Sleeping juga merupakan antara drama yang telah menaikkan nama Jung Hae In melalui peranannya sebagai pegawai Han U Tak.
Untuk drama ini, Hae In telah memberikan kita ‘sindrom watak sokongan’ atau second lead syndrome ketika menggambarkan watak seorang anggota polis yang ideal.
U Tak adalah watak yang tidak mementingkan diri sendiri dan rajin menolong orang walaupun dalam masa sama perkara itu boleh membahayakan dirinya.
#Guardian: The Lonely and Great God sebagai Choi Tae Hee
Kalau nak tahu siri popular Guardian: The Lonely and Great God ini banyak membantu Jung Hae In mendapat perhatian pada awal kariernya.
Dalam siri ini, dia memainkan watak Choi Tae Hee yang merupakan cinta pertama Eun Tak. Karakternya seorang yang ramah, sopan, dan kelihatan bersih dengan pakaian seragam besbolnya.
Andai kata karakter ini benar-benar wujud, melalui penampilannya sahaja sudah pasti Tae Hee akan menjadi cinta pertama semua orang. Betul tak?
#BONUS: D.P. sebagai An Jun Ho
Woohoo! Ini yang paling tidak sabar sekali #OhDaebak nak tunggu! Melihat sahaja trailer D.P sudah cukup membuatkan adrenalin laju tau.
Kali ini, Hae In akan memainkan watak berbeza di mana beberapa peranannya sebelum ini lebih kepada seorang yang romantik.
Hae In akan membawakan watak An Jun Ho, iaitu seorang perwira muda dan menjadi sebahagian dari anggota Deserter Pursuit Unit yang ditugaskan untuk menangkap individu meninggalkan pasukan tentera.
Jadi mana satu karakter lakonan Jung Hae In yang korang paling love?
Guys jangan lupa saksikan dalam D.P. yang akan ditayangkan pada 27 Ogos 2021 hanya di Netflix tau!
Oh kalau nak tahu, enam karakter lain Jung Hae In dalam drama di atas pun boleh ditonton di Netflix.
Korang hanya perlu taipkan tajuk drama di ruangan search sahaja lepas tu, bammm! Boleh tonton dah.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
#OhDaebak merupakan kolum baharu dalam Gempak Chingu yang dikeluarkan setiap Ahad. Berkonsepkan santai, #OhDaebak akan berbicara apa sahaja tentang Korea termasuklah K-Pop, K-Drama, lifestyle, makanan atau topik-topik yang sering dibualkan K-fans. Come on! It’s spazzing time guys!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Gara-Gara Naik Skuter Elektrik Ketika Mabuk, BTS Suga Dapat ‘Masalah’

gempak
25/08/2024
17:00 MYT
Bukan memandu kenderaan sebaliknya hanya menaiki skuter elektrik dan terjatuh kerana mabuk, BTS Suga kini berdepan tindakan tidak bertanggungjawab itu.
Hiburan

Kim Sung Kyu Tak Lupa Malaysia! Siap Adakan Konsert Dua Malam, Ini Harga Tiket & Tawaran Eksklusif Yang Diberikan

gempak
27/07/2024
03:58 MYT
Sejak berita mengenai ketua kumpulan K-pop Infinite, Kim Sung Kyu akan berkunjung ke Malaysia pada Ogos depan, ternyata peminat sudah mula meluahkan rasa gembira.
Hiburan

Oppa Handsome Lee Joon Gi Nak Datang Malaysia 22 September Depan! Ini Harga Tiket Serta Tawaran Eksklusif Yang Diberikan

gempak
21/07/2024
05:50 MYT
Pelakon popular Korea Lee Joon Gi bakal mengadakan pertemuan pertamanya bersama peminat di Malaysia pada September depan.
Viral

Gara-Gara Tonton K-Drama, 30 Remaja Korea Utara Dihukum Mati, Penjara

gempak
08/07/2024
04:55 MYT
Pemerintah Korea Utara menjatuhi hukuman mati atau penjara seumur hidup terhadap 30 remaja negara itu kerana menonton drama Korea Selatan (K-Drama).
Hiburan

Lee Hyori Serik Buat Prosedur Kecantikan: “Botox Buat Saya Tidak Boleh Senyum”

gempak
05/07/2024
14:55 MYT
Bukan satu hal yang asing buat para selebriti Korea Selatan melakukan pembedahan plastik. Malah ramai dalam kalangan mereka yang mengaku pernah mencuba sekurang-kurangnya melakukan Botox.