Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

#OhDaebak: Song Ji Hyo Malu-Malu, Potong Ala Boyish Pun Lawa! Ini Lima Gaya Rambut Lain

Mya Amri
14/11/2021 14:30 MYT
Sebut sahaja mengenai artis Korea yang cantik tanpa make up, nama pelakon Song Ji Hyo pasti ada dalam senarai.

Bukan sahaja terkenal dengan kecantikkan semulajadi, Ji Hyo juga terkenal dengan wajahnya yang baby face.

Berilah apa sahaja solekan atau gaya rambut pada anggota Running Man ini pasti akan sesuai dengan dirinya.

Terbaharu, Ji Hyo telah mengejutkan peminatnya dengan gaya potongan rambut pendek ala boyish semalam.

Tidak hanya peminat malah rakan baik yang juga merupakan anggota Running Man, HaHa juga tidak percaya dengan penampilan baru Ji Hyo.

Jadi kali ini #OhDaebak ingin kongsikan foto terbaharu Ji Hyo dan juga beberapa gaya rambut yang pernah aktres cantik ini gayakan sebelum ini.

A post shared by 송지효(Song Ji Hyo) (@my_songjihyo)

A post shared by 송지효(Song Ji Hyo) (@my_songjihyo)

A post shared by 송지효(Song Ji Hyo) (@my_songjihyo)





Apa pun Ji Hyo tetap cantik dan comel kan? Lihat pada foto-foto di atas tadi siapa sangka wanita ini sudah mencecah usia 40 tahun.

Love you Mong Ji!

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

#OhDaebak merupakan kolum baharu dalam Gempak Chingu yang dikeluarkan setiap Ahad. Berkonsepkan santai, #OhDaebak akan berbicara apa sahaja tentang Korea termasuklah K-Pop, K-Drama, lifestyle, makanan atau topik-topik yang sering dibualkan K-fans. Come on! It’s spazzing time guys!

#Song Ji Hyo #Running Man #Artis Korea #Oh Daebak #OhDaebak #Artis Korea Potong Rambut #Artis Korea Rambut Pendek #Mong Ji
;