Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

#OhDaebak: Tak Gedik, Han So Hee Berubah 180 Darjah, Ini 4 Sebab Harus Tonton My Name

Mya Amri
10/10/2021 15:00 MYT
Mungkin ramai yang mengenali Han So Hee sebagai Yeo Da Kyung iaitu watak dalam drama bersiri fenomena The World of The Married.

Disebabkan kehebatannya menjiwai dan membawakan watak Yeo Da Kyung dengan baik, Han So Hee juga turut menjadi mangsa kecaman dek kerana ada netizen yang terlalu geram dengan karakter itu.

Apa yang boleh dikatakan respon netizen merupakan sesuatu yang bagus kerana itu menandakan tahap keberkesanan seseorang pelakon menjiwai karakternya.

Kali ini, #OhDaebak ingin membawakan anda semua mengenali watak terbaharu Han Soo Hee menerusi drama siri original Netflix berjudul My Name yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.

Menerusi My Name, anda semua akan dapat melihat perubahan 180 darjah Han So Hee yang mungkin tidak dapat dibayangkan.

Jika sebelum ini So Hee pernah membawakan watak wanita manis, penggoda, gedik dan lemah lembut tetapi kali ini dia menjadi seorang yang agresif!

Di sini #OhDaebak berikan empat sebab harus tonton So Hee dalam My Name.


#Han So Hee sebagai Jiwoo adalah segalanya!



Sejak kecil lagi Jiwoo telah berdepan dengan cabaran. Hidupnya berubah menjadi tragis setelah menyaksikan pembunuhan bapanya pada ulang tahun kelahirannya yang ke-17.

Jiwoo merasakan dia tidak mempunyai pilihan selain untuk membalas dendam terhadap pembunuh bapanya.

Jiwoo kemudiannya bertemu dengan sahabat lama bapanya, Mujin (Park Hee Soon) iaitu ketua sindiket pengedaran dadah terbesar di Korea untuk meminta bantuan bagi mencari pembunuh tersebut.

Sepanjang usahanya untuk membalas dendam, Jiwoo semakin tenggelam dalam jalan yang gelap. Dari sini anda dapat melihat Jiwoo berubah menjadi anggota paling tegas dalam organisasi Mujin.


#Han So Hee buat badan berotot demi watak


Dengan mengambil inspirasi dari filem aksi yang diterajui oleh wanita seperti Antomic Blonde dan The Old Guard, So Hee telah mempersiapkan dirinya untuk mendalami watak Jiwoo.

So Hee telah berlatih seni mempertahankan diri dengan gigih dan bersungguh-sungguh malah turut memperoleh 10kg otot hasil dari latihan intensifnya.

So Hee juga juga sering membawa pisau bagi membiasakan dirinya dengan keadaan tersebut.


#Han So Hee lakukan adegan aksi sendiri


Pengarah Kim Jin Min mahukan aksi dalam siri ini menjadi realistik dan menggambarkan Jiwoo sebagai agen penyamar yang mempertaruhkan nyawanya.

Jadi karakter tersebut perlu ditonjolkan agar nampak hidup dalam skrin. Disebabkan perkara itu juga Han So Hee mengambil inisiatif untuk melakukan babak aksi sendiri supaya lebih real.


#Gandingan Han So Hee dan Ahn Bo Hyun Letop!


Jiwoo dipindahkan ke Unit Narkotik dan akhirnya bergabung dengan pasukan operasi khas untuk menjatuhkan Mujin di mana dia harus seimbangkan antara menyiasat kes jenayahnya sendiri dan juga menjaga penyamarannya supaya tidak terbongkar.

Di sinilah dia bertemu seorang detektif hebat iaitu Jeon Pildo (Ahn Bo-hyun) dan mereka menjadi pasangan.

Bagaimanapun masing-masing terkejut selepas membuka kisah silam antara satu sama lain.

Adakah ikatan persahabatan, kepercayaan dan kesefahaman mereka yang terjalin akan membuahkan hasil atau sebaliknya.

Saksikan My Name secara eksklusif di Netflix bermula 15 Oktober depan.

Kredit foto: Netflix


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

#OhDaebak merupakan kolum baharu dalam Gempak Chingu yang dikeluarkan setiap Ahad. Berkonsepkan santai, #OhDaebak akan berbicara apa sahaja tentang Korea termasuklah K-Pop, K-Drama, lifestyle, makanan atau topik-topik yang sering dibualkan K-fans. Come on! It’s spazzing time guys!

#Drama Korea #K-Drama #Netflix #Han So Hee #Netflix Korea #Oh Daebak #OhDaebak #My Name
;