#OhDaebak: Urut Dada Nervous Tonton Filem Midnight! Si Bisu, Pekak Saksi Pembunuhan, Diburu Pembunuh Kacak Psiko
Mya Amri
15/08/2021 15:26 MYT
15/08/2021 15:26 MYT
Bagaimana rasanya bila diri sendiri secara tidak sengaja menjadi saksi pembunuhan sewaktu pulang dari tempat kerja pada tengah malam.
Lebih menyedihkan lagi apabila saksi itu merupakan orang kurang upaya (OKU) pekak dan bisu yang tidak mampu untuk menjerit meminta tolong walaupun nyawanya berada dalam bahaya.
Itulah yang berlaku pada watak Kyung Mi dalam filem Korea terbaharu berjudul Midnight arahan Kwon Oh Seung.
Tak mahu cerita panjang, ini antara sebab mengapa korang kena tonton Midnight.
#Konsep jalan cerita yang bijak dan menarik
Midnight menampilkan sedikit penceritaan berbeza di mana pengarahnya Kwon Oh Seung menggelakkan kesamaan unsur melodrama yang kebanyakkannya ditonjolkan dalam filem Korea lain.
Secara jujurnya, Midnight boleh dianggap sebagai sebuah naskhah ‘straight forward’ dan tidak terlalu meleret.
Baik penceritaan dari segi kekeluargaan atau aksi thriller, pengarah bijak menyusun plot dengan baik supaya penonton tidak berasa bosan.
Filem ini juga akan membuatkan penonton berasa tidak senang duduk dengan elemen suspen yang diberikan.
Terutamanya pada saat wanita bisu itu berlari-lari di lorong sunyi dan tempat parking kereta sambil menangis-nangis cuba menjerit mengeluarkan suaranya untuk meminta bantuan namun tidak mengeluarkan bunyi.
Tidak cukup dengan itu, Kyung Mi juga menjadi mangsa hendap pembunuh psiko yang membuat cubaan untuk memasuki rumah wanita itu
Terdapat juga beberapa babak atau plot twist yang memang penonton tidak akan jangkakan dalam Midnight.
#Lari, pecut, sorok, jatuh
Penceritaan Midnight juga bergerak dengan pantas dan mungkin ia agak berbeza dengan filem lain di mana hampir separuh daripadanya adalah adegan berlari.
Melalui babak larian itu sahaja pun penonton boleh merasai tekanan yang dihadapi oleh Kyung Mi yang cuba sehabis baik untuk menyelamatkan nyawanya.
Sepanjang babak itu, penonton akan dihidangkan dengan kawasan-kawasan gelap di Seoul. Memang sangat berbeza dengan apa yang kita lihat sebelum ini.
#Lakonan terbaik!
Suka dengan watak Kyung Mi. Dibawakan sepenuh jiwa oleh Jin Ki Ju, tidak keterlaluan dan sangat just nice!
Untuk menghayati watak sebagai seorang yang pekak, Jin juga menggunakan cara tertentu di mana dia mula tidur dengan memakai penutup telinga sebagai penghalang bunyi untuk membiasakan dirinya.
Watak pembunuh psiko kacak dilakokan oleh Wi Ha Jun juga tidak kurang hebatnya. Bahasa tubuh dan gerak-gerinya sewaktu menjadi psychopath juga wajar diberi pujian.
#Keakraban hubungan abang dan adik serta kasih sayang ibu dan anak
Andai ada yang hati tisu, Midnight juga mampu membuatkan penonton sebak! Filem ini menghidangkan anda dengan keakraban seorang abang iaitu Jong Tak bersama adik perempuannya, Jung Eun yang manja.
Tidak pernah terlintas difikiran Jong Tak bahawa adik perempuan kesayangan itu merupakan mangsa pembunuh dan ditikam.
Kasih sayang ibu dan anak yang tiada penghujungnya. Memaparkan juga emosi seorang ibu yang kesedihan apabila melihat sendiri satu-satunya anak perempuan menjadi mangsa buruan pembunuh tersebut selepas Kyung Mi menjadi saksi pembunuhan Jung Eun.
#OhDaebak berpendapat apa yang benar-benar membuatkan Midnight wajib ditonton adalah kerana ia menceritakan tentang keadaan yang berlaku disekeliling kita.
Walaupun mungkin ada beberapa babak yang mungkin membuatkan penonton rasa tidak masuk akal, namun secara keseluruhannya ia boleh dikaitkan dengan kehidupan manusia.
Sebagai contoh, jangan ambil mudah atau ambil lewa sekiranya pulang kerja pada lewat malam kerana kita sendiri tidak akan sangka sesuatu yang buruk boleh berlaku dalam sekelip mata.
Jangan sewenang-wenangnya atau dalam bahasa pasarnya ‘berlalalala’ sambil bermain dengan telefon sewaktu berjalan seorang diri di kawasan gelap.
Tidak semestinya lelaki kacak yang anda jumpa pada waktu tengah malam dengan memakai suit lengkap dan berwajah innocent adalah lelaki budiman.
Midnight dibintangi Jin Ki Joo, Kim Hye Yoon, Wi Ha Joon, Park Hoon dan Gil Hae Yeon ini menjalani penggambaran pada 8 September 2019.
Jangan lupa saksikan Midnight di Astro First, saluran 480 selain pilihan fleksibel menerusi strim di Astro Go atau On Demand.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
#OhDaebak merupakan kolum baharu dalam Gempak Chingu yang dikeluarkan setiap Ahad. Berkonsepkan santai, #OhDaebak akan berbicara apa sahaja tentang Korea termasuklah K-Pop, K-Drama, lifestyle, makanan atau topik-topik yang sering dibualkan K-fans. Come on! It’s spazzing time guys!