Baru sahaja drama Korea, Penthouse 2 bersiaran sebanyak empat episod, namun karakter Bae Ro Na sudah menguji kesabaran penonton.

Dilakonkan oleh pelakon berbakat, Kim Hyun Soo, ternyata dia berjaya membawakan wataknya dengan baik.

Minggu ini menyaksikan Bae Ro Na yang merupakan anak kepada Oh Yoon Hee muncul dalam episod ketiga membuatkan ramai teruja.

BACA: #OhDaebak: Ini Rupanya Profile Bintang Penthouse, Patutlah Lakonan Semua Power!

Namun selepas beberapa minit lain pula jadinya apabila Ro Na sudah mula menunjukkan sikap degil yang membuatkan penonton sakit hati.

Perkara itu menjadikan Ro Na merupakan antara karakter yang paling dibenci setakat ini.

Menerusi tinjauan di Twitter, rata-rata penonton meluahkan rasa geram dan sakit dengan perangai Ro Na.









Jangan lupa saksikan tayangan perdana Penthouse 2 setiap Sabtu dan Ahad, jam 9:45 malam di One HD (saluran 393), On Demand dan Astro Go.

Sebelum ini, jalan cerita hebat Penthouse berjaya menarik perhatian penonton dan menerima jumlah tontonan tertinggi dengan rating sebanyak 28.8% untuk episod terakhir.

Musim pertama Penthouse yang ditayangkan pada Oktober 2020 dengan 21 episod ini mendapat 5.3 juta tontonan sekaligus menduduki tangga kelapan drama Korea tertinggi di seluruh negara.

Penthouse juga banyak bermain dengan emosi penonton sehingga menyebabkan ada yang sakit hati, geram dan marah dengan watak-watak yang dilakonkan dalam drama tersebut.

Penthouse lakonan Lee Ji Ah, Eugene, Park Eun-sok, Kim So Yeon dan Uhm Ki Joon ini mengisahkan tentang kehidupan orang-orang berada di sebuah kompleks mewah iaitu Istana Hera (Hera Palace).

Di sebalik kemewahan kehidupan golongan ‘kayangan’ berkenaan, terdapat beberapa konflik kuasa, kejahatan dan kezaliman yang tersembunyi di Istana Hera

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
#OhDaebak merupakan kolum baharu dalam Gempak Chingu yang dikeluarkan setiap Ahad. Berkonsepkan santai, #OhDaebak akan berbicara apa sahaja tentang Korea termasuklah K-Pop, K-Drama, lifestyle, makanan atau topik-topik yang sering dibualkan K-fans. Come on! It’s spazzing time guys!