gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
GAYA HIDUP
The Experts: Fahami Proses Mahkamah, Apa Itu Prima Facie Dan Bila OKT Perlu Bela Diri?
VIRAL
"Beri Ruang PDRM Siasat Terperinci Kes Kematian Zara Qairina" - Fadhlina
RANCANGAN
Raise The Star Malaysia: Anak Saudara Semakin Menyerlah, Sheila Abdull Bangga Dengan Prestasi Darling - “Harap Dia Dapat…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

ARTIS KOREA

“Orang Ni Mesti Benar-Benar Bencikan Saya,” - Hyeri Baca Komen Negatif Tapi…

Mya Amri
Mya Amri
11/05/2022
08:00 MYT
Sponsor Banner
“Orang Ni Mesti Benar-Benar Bencikan Saya,” - Hyeri Baca Komen Negatif Tapi…
Anggota kumpulan Girl’s Day dan juga pelakon, Hyeri mendedahkan sering membaca komen-komen netizen yang diberikan kepadanya.
Kata Hyeri, tidak kira sama ada komen positif atau negatif, aktres cantik ini tetap menerimanya dengan hati terbuka.
“Sebenarnya, terdapat lebih banyak komen baik daripada yang buruk, jadi tidak mengapa. Saya okay sahaja.
“Apabila saya melihat sesuatu yang tidak masuk akal, saya hanya berkata kepada diri sendiri, orang ini mesti benar-benar tidak menyukai saya,' dan move on.
“Tetapi ada juga komen-komen yang saya membuatkan saya berfikir. Dari situlah melihat kembali apa isu yang ada pada saya dan dibicarakan mereka.
“Saya menerima komen-komen itu sebagai sebahagian aspek dalam kerjaya saya,” katanya.
Hyeri berkata demikian dalam satu temubual bersama GQ Korea baru-baru ini.
Mengulas mengenai lakonannnya, Hyeri berkata dia sentiasa bersedia dari segi mental dan meluahkannya menerusi watak yang diberikan.
“Semasa berlakon agak sukar untuk menjadi ikhlas sepanjang masa dalam lakonan. Sebab itu saya sentiasa berusaha dan bersiap sedia dari segi mental.
“Jadi jika saya berasa gembira, saya percaya rasa gembira itu akan ditunjukkan di kaca tv dan semua orang juga dapat merasakan kegembiraan itu,” ujarnya.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU
Sumber: Soompi / GQ Korea Kredit foto: GQ Korea
Topic Berkaitan
#Artis Korea
#Girl's Day
#Komen Negatif
#Hyeri
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement