Artis Korea
Pakai Baju Kalimah Bismillah, Agensi I.M MONSTA X Mohon Maaf!
Baru-baru ini anggota kumpulan MONSTA X, I.M mencetus kontroversi apabila memakai baju dengan kalimah Bismillah.
Perkara tersebut telah menyebabkan ramai peminat I.M terutama yang beragama islam berasa tersinggung dan menganggap ia sebagai satu penghinaan.
Rata-rata yang berang mendakwa agensi I.M tidak sensitif dan seperti sengaja menyiram minyak ke dalam bara api.
Mereka turut menuntut agensi untuk memohon maaf dan memadam kesemua foto I.M memakai baju tersebut.
Menurut laporan Koreaboo, I.M pada mulanya berkongsi foto tersebut sebagai teaser album solonya.
Selepas kekecohan berlaku di laman sosial Twitter, agensi I.M mengambil tindakan segera dengan memadam semua foto I.M memakai baju yang tertera kalimah suci tersebut.
Agensi Starship Entertaiment juga telah membuat permohonan maaf secara terbuka kepada para peminat mereka dan berjanji akan lebih sensitif pada masa akan datang.
Must-Watch Video