Artis Korea
Park Ji Hoon Meninggal Dunia Usia 31 Tahun Akibat Kanser Perut
Pelakon Korea, Park Ji Hoon dilaporkan meninggal dunia pada usia 31 tahun akibat kanser perut.
Menurut keluarganya, Ji Hoon menghembuskan nafas terkahirnya pada 11 Mei lalu dan baru bersedia untuk mengumumkan berita sedih itu menerusi akaun Instagramnya semalam.
“Kami meninggalkan coretan ini dalam dua posting yang berbeza kerana bimbang mereka yang tidak dapat menghubungi Ji Hoon menyangkakan itu adalah berita palsu.
“Terima kasih kepada semua yang memberikan kata-kata semangat walaupun berdepan dengan situasi sukar dengan wabak koronavirus.
“Terima kasih juga kepada semua kerana saya berpeluang untuk ‘menghantar adik saya ke syurga.
“Kamu semua telah memberikan kami kekuatan untuk melalui saat sukar ini, tidak hanya kepada saya tetapi keluarga kami juga.
“Kami tidak akan melupakan momen ini... Saya harap anda semua sentiasa berjaga-jaga dan kekal sihat.
“Kepada mereka yang tidak berkesempatan untuk melawat adik saya kerana kekangan masa, Ji Hoon akan diabadikan di Ilsan Blue Soul Memorial Park,” jelasnya.
Terdahulu, Ji Hoon pernah membintangi drama berjudul Chicago Typewriter.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai K-Drama dan dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU
Must-Watch Video