Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Park Shin Hye Selamat Bersalin Anak Lelaki, Tak Percaya Choi Tae Joon Kini Dah Jadi Bapa

Mya Amri
02/06/2022 09:31 MYT
Pelakon Korea terkenal, Park Shin Hye dan suaminya, Choi Tae Joon selamat menimang cahaya mata sulung.

Berita gembira itu dimaklumkan oleh agensi Shin Hye iaitu SALT Entertainment semalam.

Menurut agensinya, Shin Hye dan anak lelakinya dua-dua berada dalam keadaan sihat.

“Park Shin Hye selamat bersalin anak lelaki bertempat di sebuah hospital di Seoul. Buat masa sekarang aktres kami sedang berehat bersama suami dan keluarganya.

“Kedua-dua ibu dan bayi juga berada dalam keadaan sihat. Kami ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga anda semua mengucapkan tahniah kepada pasangan ini. Terima kasih,” maklum agensinya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, Shin Hye dan Tae Joon telah melangsungkan perkahwinan mereka pada Januari lalu selepas empat tahun bercinta.

#Park Shin Hye #Choi Tae Joon #Baby boy #Artis Korea Bersalin