Seorang pelajar kolej di Korea meluahkan kebimbangannya kerana mempunyai wajah yang lebih besar berbanding wanita lain di negara itu.

Menerusi program KBS Joy's Ask Anything baru-baru ini, Min Kyung mengakui menerima komen-komen berbentuj hinaan berkenaan dengan wajahnya.

Lebih mengejutkan lagi, komen-komen negatif tersebut lebih banyak diberikan oleh pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah.

“Orang-orang disekeliling saya memberitahu saya memiliki wajah yang besar berbanding orang lain dan perkara ini benar-benar merunsingkan saya,” katanya.

Menurut Min Kyung, disebabkan perkara itu juga dia cuba untuk mengurangkan berat badannya.



“Saya masih lagi dalam proses untuk menurunkan berat badan dan setakat ini saya dapat rasakan sedikit perubahan.

“Saya cuba berjalan 30,000 langkah setiap hari dan cuba untuk makan dengan tidak melebihi 500 kalori setiap hari. Setakat ini saya telah berjaya menurunkan berat badan sebanyak 25 kilogram.

“Namun saya masih lagi menerima kritikan daripada orang ramai. Saya masih berusaha untuk mengurangkan berat namun ada diantara mereka mempersoalkan mengenai usaha saya.

“Ada yang kata kenapa perlu turunkan berat badan bila muka awak tetap sama besar seperti biasa,” jelasnya.

Bagaimanapun kata Min Kyung, komen yang paling menyentap hati apabila ada yang menghina dirinya kerana mempunyai teman lelaki.

“Komen paling kejam yang saya pernah terima adalah berkaitan dengan teman lelaki. Mereka mempesoalkan mengenai perkara itu dan menuduh saya menyara teman lelaki saya.

“Adakah anda membayar teman lelaki? Berapa banyak wang yang dilaburkan? Itu adalah antara kata-kata yang dilemparkan kepada saya.

“Apa yang lebih teruk lagi, apabila seseorang mula meninggalkan komen seperti itu di media sosial… Maka orang lain juga akan turut ikut. Kebanyakan mereka adalah pelajar sekolah rendah dan menengah,” luahnya.

Terdahulu, Min Kyung menjadi tular di Korea sebelum ini kerana keunikan saiz wajahnya yang agak berbeza.