Seorang lelaki berusia dalam lingkungan 30-an telah ditahan atas cubaan membunuh isterinya yang juga merupakan pelakon Korea.

Menerut kenyataan media yang dikeluarkan hari ini, Balai Polis Yong San melaporkan lelaki itu ditangkap pada semalam, 14 Jun.

Dilaporkan juga bahawa lelaki itu menikam isterinya dengan pisau di lobi rumahnya bertempat di Itaewon, Yongsan Gu, Seoul, sekitar 8:40 pagi.

Difahamkan selepas menikam isterinya di bahagian leher, lelaki itu kemudiannya menghalakan senjata tersebut ke arah dirinya dan membuat cubaan bunuh diri.

Kedua-dua mereka dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Menurut polis, pasangan ini juga sudah pun tinggal berasingan dan siasatan lanjut akan dijalankan selepas lelaki itu pulih.

Dikhabarkan mangsa merupakan pelakon wanita berusia dalam lingkungan 40-an.

Sebelum menjadi aktes, wanita itu juga merupakan seorang model dan membuat kemunculan sulung sebagai penyanyi berkumpulan.

Dia memulakan kerjayanya sebagai pelakon selepas kumpulan dibubarkan dan muncul dalam pelbagai drama.

Sumber: Allkpop / Koreaboo