Pelakon filem Parasite, Lee Sun Kyun ditemui meninggal dunia di dalam kereta yang terletak di Taman Waryong, Seoul, Korea.

Menurut laporan media, berita itu disahkan oleh Balai Polis Seoul Seongbuk yang melaporkan bahawa mereka telah menemui seorang lelaki tidak sedarkan diri di dalam sebuah kereta.

Polis kemudiannya telah bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan daripada seorang wanita yang mengatakan suaminya telah meninggalkan rumah selepas menulis seolah-olah nota membunuh diri.

Polis kemudiannya telah mengesahkan bahawa lelaki tersebut adalah Lee Sun Kyun.

“Identitinya telah dikenal pasti,” ujar polis.

Pihak polis juga dikhabarkan telah menemui bukti briket arang menyala di dalam keretanya dan disyaki kematiaannya adalah berkemungkinan kerana bunuh diri.

Terdahulu, Lee Sun Kyun telah disiasat polis atas tuduhan menggunakan dadah pada Oktober lalu.