Pelakon Siri Ultraman, Jiro Dan Meninggal Dunia Akibat Kanser

Mya Amri
Mac 25, 2023 03:00 MYT
Pelakon Jepun yang membintangi siri popular 70-an 'The Return of Ultraman', Jiro Dan dilaporkan meninggal dunia pada usia 74 tahun.
Jiro yang memainkan watak utama sebagai Hideki Go yang juga Ultraman Jack dalam siri tersebut, meninggal dunia pada 22 Mac lalu pada 4.14 petang waktu tempatan akibat kanser paru-paru.
Berita tentang pemergian Jiro atau nama sebenarnya, Hideo Murata, dimaklumkan oleh Ryu Manatsu menerusi laman Twitter miliknya pada Jumaat.
Ryu Manatsu merupakan pelakon yang terkenal dengan watakk Gen Ohtori dalam Ultraman Leo.
Sementara itu, agensinya iaitu Agency mendedahkan keadaan Jiro dikatakan semakin teruk sejak akhir tahun lalu.
Upacara pengebumian Jiro hanya akan dihadiri oleh ahli keluarga terdekat.
#Meninggal Dunia #Jepun #Ultraman #Pelakon Jepun #Jiro Dan #Siri Popular