Artis Korea
Peminat Tak Restu Hubungan Cinta Lee Seung Gi Dengan Lee Da In, Siap Sewa Trak Tunjuk Protes
Nampaknya hubungan cinta pelakon drama Mouse, Lee Sung Gi bersama aktres Lee Da In tidak mendapat restu peminat.
Malah kelab peminat terbesar Seung Gi, Lee Seung Gi Gallery juga sanggup menyewa sebuah trak khas sebagai tanda protes terhadap hubungan mereka.
Trak yang dilengkapi dengan kata-kata bantahan itu dihantar ke hadapan rumah Seung Gi yang terletak di Seongbuk-dong.
Lee Seung Gi Gallery menyatakan mereka menghormati kehidupan peribadi bintang itu, tetapi tidak akan menyokong hubungan yang mungkin mengganggu kerjayanya.
Difahamkan juga keluarga Da In pernah terlibat dengan jenayah kolar putih sebelum ini yang boleh memburukkan reputasi bersih Seung Gi.
Antara kata-kata bantahan yang tertulis di trak itu adalah:
“Kami telah melindungi anda selama 17 tahun. Tolong lindungi kami Irenes (kelab peminat Lee Seung Gi) sekarang.
"Sekiranya anda tidak tahu apa-apa, tak mengapa. Kami akan memberitahu anda sekarang. Mereka telah menyebabkan terlalu ramai pihak menjadi mangsa.
Bagaimanapun seingga kini, Seungi Gi dan pihak pengurusannya masih belum memberikan sebarang kenyataan berhubung isu tersebut.
Sumber: Allkpop