Program varieti Korea, You Quiz On The Block mencatatkan rating tertinggi dengan kehadiran kumpulan K-pop terkenal BTS sebagai tetamu istimewa.

Menurut laporan syarikat penilaian penonton iaitu Nielson Korea, rancangan itu berjaya mencatatkan sebanyak 6.74% penonton untuk episod berkenaan berdasarkan isi rumah platform berbayar di negara itu.

Berdasarkan penilaian isi rumah platform berbayar di kawasan metropolitan, jumlah tersebut mencapai sebanyak 8.206%.

Ini merupakan rekod pencapaian rating tertinggi secara peribadi untuk program berkenaan dan penilaian tertinggi daripada semua rancangan lain yang ditayangkan dalam slot masa yang sama.

Terdahulu, penilaian penonton tertinggi rancangan ini adalah sebanyak 5.32% iaitu episod yang ditayangkan pada 17 Mac lalu.

Teaser untuk episod istimewa BTS juga ditayangkan pada akhir episod itu.

Jangan lupa saksikan You Quiz on the Block 3: BTS Special Episode malam ini, 30 Mac 2021 pada jam 10:30 malam.

You Quiz on the Block 3: BTS Special Episode ini boleh ditonton menerusi tvN (saluran 395).

Saksikan juga siaran encore BTS Special Talk Show 2021, Let’s BTS pada 30 Mac jam 10:25 malam dan 3 April jam 4:40 malam di KBS World (saluran 392) manakala untuk platform digital pula, Astro Go dan On Demand.