PewDiePie Dinobat Wajah Paling Kacak 2020, Rampas Gelaran BTS V & Jason Momoa
Mya Amri
30/12/2020 12:07 MYT
30/12/2020 12:07 MYT
Personaliti YouTube dan pengulas permainan video, PewDiePie dinobatkan sebagai pemegang Wajah Paling Kacak 2020.
Keputusan itu diumumkan oleh laman pengkritik bebas TC Candler pada Ahad (27 Disember 2020).
PewDiePie atau nama sebenarnya Felix Kjellberg telah menewaskan nama-nama besar lain antaranya David Beckham di tangga ke 26, Shawn Mendes 13, Jason Derulo 6, Henry Cavill 5 dan juga Chris Hemsworth di kedudukan kedua.
Manakala juara Wajah Paling Kacak 2019 iaitu anggota kumpulan BTS, Jungkook berada di kedudukan keempat.
Malah nama yang disebut bakal dinobatkan Wajah Paling Kacak 2020 iaitu BTS, V juga gagal mempertahankan takhtanya sebagai juara pada tahun 2017 apabila tahun ini dia berada di kedudukan kedua
Ketampanan PewDiePie juga telah mengatasi juara tahun 2018, Jason Momoa yang kini berada di tangga ke-8.
Untuk info: The 100 Most Handsome Faces mula dianjurkan oleh TC Candler sejak tahun 2013.
Antara selebriti tampan yang pernah menjuarai gelaran Wajah Paling Kacak ialah Michael Fassbender (2013), Jamie Dornan (2014), Diego Boneta (2015), Michiel Huisman (2016), BTS V (2017), Jason Momoa (2018) dan BTS Jungkook (2019).

#Artis Korea
#Jason Momoa
#PewDiePie
#BTS V
#The 100 Most Handsome Faces 2020
#Wajah Paling Kacak 2020