Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Artis Korea

Rose Blackpink Dituduh Ambil Dadah, Agensi Beri Amaran

Maliah Surip 14/04/2023 | 02:55 MYT

Dunia seni Korea Selatan sedang dikejutkan dengan berita tidak benar tentang salah seorang anggota Blackpink, Rose.

Rose didakwa oleh seorang pengguna media sosial sebagai seorang individu yang menggunakan najis dadah.
Dakwaan tersebut dibuat selepas bekas ‘orang kuat’ jenama mewah Burberry memuat naik sekeping gambar yang menampilkan beberapa selebriti hadir ke rumah agam milik salah seorang pereka fesyen dan usahawan, Eva Chow.
Dalam gambar yang dimuat naik pada 11 April itu, Rose dilihat duduk di meja penuh hidangan air bersama rakan selebriti lain termasuk aktor Kang Dong Won.
Menerusi gambar tersebut, pengguna media sosial itu terus menuduh Rose mengambil dadah yang didakwa menjadi ‘hidangan’ di atas meja.
Selepas kontroversi tersebut tercetus, gambar tersebut telah dihapuskan.
Malah pihak agensi Blackpink, YG Entertainment turut memandang serius tuduhan palsu itu dan akan mengambil tindakan undang-undang kepada pihak yang memfitnah artis mereka.
“Kami akan mengambil tindakan undang-undang kepada individu yang telah mencalarkan reputasi, imej dan privasi artis kami.
“Saat ini kami sedang memerhati siapa yang memulakan berita tidak benar ini dan tidak akan menyelesaikannya tanpa melalui undang-undang,” tulis kenyataan yang dikeluarkan YG Entertainment kepada media tempatan termasuk AllKPop.
Kenyataan yang dikeluarkan agensi kemudian mendapat sokongan penuh peminat Blackpink yang mahu invidivu tidak bertanggungjawab menyebarkan fitnah tersebut menerima hukuman setimpal.

#Viral #Dadah #Kpop #Korea #Blackpink #Rose
;