Pelakon drama Korea viral Squid Game, Jung Ho Yeon semakin mendapat perhatian kerana kehebatan lakonannya.

Namun tidak semua tahu bahawa Ho Yeon yang juga merupakan seorang model ini sebenarnya sudah berpunya.

Lebih menarik lagi, Ho Yeon telah menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon, Lee Dong Hwi sejak enam tahun lalu.

Disebabkan populariti Ho Yeon yang sedang meningkat naik, nama kekasihnya juga turut menjadi perhatian netizen.

Ho Yeon yang berusia 27 tahun ini juga sembilan tahun lebih muda berbanding dengan Dong Hwi yang juga merupakan pelakon drama Reply 1988.

Difahamkan pasangan ini mula bercinta sejak 2015 dan mengambil keputusan untuk mendedahkan hubungan mereka kepada umum pada tahun 2016.

Pada ketika itu, hubungan mereka dapat dihidu oleh portal paparazzi eksklusif Korea, Dispatch yang telah mendedahkan beberapa foto pasangan tersebut.

BACA: #OhDaebak: Dari 2008, Muzik Dan Simbol Unik, Ini Lima Perkara Yang Anda Tak Tahu Tentang Squid Game!

BACA: Squid Game, Bila Permainan Kanak-Kanak Bertukar Nyawa, Hidup Dan Mati

Yang belum menonton, anda boleh saksikan Squid Game secara eksklusif di Netflix.

Kredit foto: Netflix / The Star / Google