“Saya Minta Maaf…” - Kalah Dengan Brazil, Kenyataan Rendah Diri Son Heung Min Jadi Perhatian
Mya Amri
07/12/2022 11:30 MYT
07/12/2022 11:30 MYT
Kapten bola sepak Korea Selatan, Son Heung Min memohon maaf selepas tersingkir pada Piala Dunia 2022 susulan kekalahan 4-1 ke atas pasukan pilihan, Brazil dalam saingan 16 terbaik di Qatar.
Son dengan sebak berkata pemain Korea sudah melakukan sehabis terbaik tetapi mereka berdepan dengan perlawanan yang agak sukar.
“Rakan sepasukan saya, mereka semua bekerja keras. Saya benar-benar minta maaf kepada seluruh rakyat Korea, peminat bola sepak dan semua yang menyokong kami.
“Kami telah cuba yang terbaik. Kami telah cuba dan bekerja keras untuk merapatkan jurang gol tetapi ia adalah satu perlawanan yang sukar.
“Apa pun saya amat berbangga dengan rakan sepasukan kerana mereka berjaya melangkah sejauh ini.
“Tidak ada keraguan lagi, mereka mendedikasikan semangat dan kerja keras untun perlawanan ini,” ujarnya.
Kenyataan Son itu kemudiannya mendapat perhatian peminat yang mengaguminya kerana tetap memberikan pujian dan keutamaan pada pasukannya walaupun ada segenlintir netizen seolah-olah menyalahkan mereka.
Terdahulu, Son yang juga merupakan penyerang Tottenham itu beraksi menggunakan topeng muka di Qatar selepas menjalani pembedahan muka bulan lalu akibat kecederaan di bahagian berkenaan.
#Mohon Maaf
#Bola Sepak
#Son Heung Min
#Piala Dunia Qatar 2022
#World Cup Qatar 2022
#Kapten Bola Sepak
#Kapten Bola Sepak Korea