Pelakon filem Parasite, Park So Dam kini dikuarantin selepas menjalani ujian saringan Covid-19 pada Sabtu (5 Disember 2020).

Bagaimanapun keputusan ujian yang keluar pada hari ini (6 Disember) menunjukkan So Dam negatif.

Menurut agensinya, So Dam kini menjalani kuarantin.

“Park So Dam telah menerima keputusan ujian saringannya hari ini dan menunjukkan ia negatif.

“Dia kini menjalani kuarantin selama 14 hari seperti mana yang termaktub dalam undang-undang.

“Sekiranya dia tidak mengalami sebarang simptom selepas dikuarantin, So Dam akan kembali ke pentas teater,” jelas wakil agensinya.

Terdahulu, So Dam muncul dalam teater berjudul Grandpa Henri And I sejak 3 Disember lalu.

Namun, seorang anggota kakitangan agensi yang merupakan kontak rapat So Dam telah disahkan positif Covid-19 pada 4 Disember petang.

Pihak produksi juga telah menghentikan teater berkenaan buat sementara waktu sebagai langkah pencegahan awal dan juga keselamatan semua yang terlibat.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai K-Drama dan dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU

Sumber: Soompi / Allkpop