Artis Korea

Selepas BLACKPINK, Rain Pula Datang Malaysia! Ehem, Tiket Percuma Tau

gempak
Mya Amri
15/08/2022
12:00 MYT
Sponsor Banner
Selepas BLACKPINK, Rain Pula Datang Malaysia! Ehem, Tiket Percuma Tau
Selepas pengumuman kumpulan K-Pop terkenal Korea, BLACKPINK datang ke Malaysia, kini tiba giliran penyanyi popular, Rain pula.
Rain atau nama sebenarnya Jung Ji Hoon bakal hadir ke Kuala Lumpur untuk mengadakan persembahan sempena Betadia Night di Axiata Arena Bukit Jalil, pada 27 Ogos ini.
Kali terakhir, Rain membuat penampilan di negara ini adalah lima tahun lalu.
Selain Rain, dua lagi bintang yang akan berkongsi pentas dengannya adalah Andrew Tan dan Jess Lee.
Andrew merupakan penyanyi Mandapop yang sudah lama menceburi bidang nyanyian sejak 2006, dia juga pernah memenangi pertandingan Astro Talent Quest di Malaysia dan TVB International Chinese New Talent Singing Championship di Hong Kong.
Andrew mula mendapat perhatian pada tahun 2010 selepas lagunya Tian Hou mula mendapat tempat di industri muzik Taiwan dan bermula di situ, dia terus mengembangkan bakatnya di bidang lakonan.
Jess Lee pula memulakan kariernya sebagai penyanyi selepas menjadi juara dalam pertandingan nyanyian televisyen popular One Million Star musim ketujuh dan berjaya mengumpulkan markah tertinggi dan memecah rekod pada pusingan akhir.
Betadia Night adalah persembahan percuma yang membuka peluang kepada peminat menyertai peraduan untuk mendapatkan tiket dalam talian secara percuma.
Untuk mendapatkan tiket percuma bagi menyaksikan persembahan Rain, Andrew dan Jess Lee, peminat perlu mendaftar dalam talian.
Untuk maklumat lanjut dan cara mendaftar, ikuti laman Facebook Betadia Malaysia.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024