Artis Korea
Selepas Tiga Tahun Berkahwin, Jeon Hye Bin Akhirnya Bakal Jadi Ibu
Selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga, pelakon Jeon Hye Bin mengesahkan kini hamil anak sulung.
Berita gembira itu dimaklumkan oleh agensinya, Pan Stars Company dalam satu kenyataan baru-baru ini.
“Usia kandungan Jeon Hye Bin kini sudah memasuki empat bulan. Hye Bin keluarganya berasa sangat gembira dengan berita tersebut.
“Kini Hye Bin mula menyertai kelas keibubapaan sebagai persediaan untuk menyambut kelahiran cahaya mata pertamanya.
Terdahulu, Hye Bin memulakan kerjayanya sebagai ahli kumpulan LUV pada tahun 2002.
Kemudian pelakon cantik ini mula menceburi bidang lakonan antaranya drama The Queen of Office, Another Oh Hae Young, Liver or Die dan Revolutionary Sisters.
Hye Bin kemudiannya menamatkan zaman bujang dengan suaminya yang bukan dalam kalangan selebriti pada Disember 2019 selepas setahun berkenalan.
Difahamkan anak pertama mereka ini akan dijangka lahir pada Oktober depan.