Nampaknya, makin banyak kejutan yang dikongsikan oleh Netflix berkenaan dengan musim kedua siri dari Korea yang paling ditunggu-tunggu, Squid Game 2.

Hari ini, platform penstriman tersebut mengumumkan barisan pelakon kedua siri berkenaan yang melibatkan beberapa nama besar.

BACA: Bintang Squid Game, Oh Young Soo Dituduh Lakukan Gangguan Seksual

Bakal berganding dengan pelakon lain, Squid Game 2 turut menampilkan Park Gyu Young dan Lee Jin Wook (Sweet Home), aktor filem Kang Ae Shim, Lee David, Won Ji An dan Noh Jae Won.

Selain itu, penyanyi dan pelakon popular, T.O.P dan bekas anggota kumpulan IZ*ONE, Jo Yu Ri turut diumumkan sebagai salah seorang pelakon yang bakal membintangi Squid Game 2.

BACA: Tayang Trailer, Squid Game 2 Perkenalkan 4 Bintang Baharu

Terdahulu, Netflix berkongsi bahawa Lee Jung Jae, Lee Byung Hun, Wi Ha Joon, Lim Siwan, Kang Ha Neul, Park Sung Hoon, Yang Dong Geun dan Gong Yoo bakal beraksi dalam siri tersebut.

Difahamkan, sesi penggambaran Squid Game 2 bakal dijalankan pada musim panas ini. Squid Game 2 akan diarahkan oleh Hwang Dong Hyuk.

Sumber: Allkpop
Foto: Koreaboo