Pelakon Oh In Hye, 36, dilaporkan meninggal dunia selepas diselamatkan dari cubaan membunuh diri semalam.

Menurut laporan eksklusif Dispatch, seorang kenalan Oh In Hye mengesahkan kepada media bahawa dia telah meninggal dunia.

“Saya harap dia dapat mengatasi krisis ini. Namun pada akhirnya, dia tidak pernah kembali sedar,” ujar kenalannya.

Pengebumian In Hye akan dilakukan secara tertutup dan upacara pengebumian akan dilakukan pada 16 September.

Terdahulu, In Hye didakwa mmebuat percubaan untuk membunuh diri di rumahnya yang terletak di Song Do.

Bagaimanapun, seorang kenalannya menemui In Hye dalam keadaan tidak sedarkan diri dan terus menghubungi perkhidmatan kecemasan.

In Hye kemudiannya dikejarkan ke bilik kecemasan di hospital berdekatan. Selepas menerima rawatan kecemasan, denyutan nadi dan pernafasan kembali tetapi masih lemah.

Namun pada akhirnya, In Hye tidak dapat pulih sepenuhnya dan meninggal dunia akibat serangan jantung.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai K-Drama dan dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU

Sumber: Allkpop / Koreaboo