Artis Korea
Tak Cukup Penthouse 2, Drama Mouse Pula Buat Ramai Sakit Jiwa! Kali Ini Memang Next Level
Selepas Penthouse 2, satu lagi K-Drama yang sedang hangat diperkatakan iaitu Mouse benar-benar menguji kesabaran netizen.
Walaupun sudah memasuki episod keenam, namun jalan cerita drama yang dibintangi oleh Lee Seung Gi ini sangat mengujakan!
Malah dalam setiap episod pasti membuatkan penonton tertanya-tanya dan turut sama mencari petunjuk baru bagi setiap kes yang dikendalikan.
Selain itu, menerusi tinjauan di media sosial, rata-rata netizen juga menyatakan rasa kagum dengan kemahiran sinematografi yang sangat terperinci, skrip, plot penceritaan dan juga kehebatan pelakon yang memainkan watak dalam drama berkenaan.
Berikut merupakan antara komen-komen yang diberikan oleh netizen.
Jangan lupa saksikan tayangan perdana Mouse, setiap Khamis dan Jumaat, jam 9:15 malam di tvN (saluran 395), On Demand dan Astro GO.
Mouse yang merupakan drama bergenre thriller misteri ini adalah hasil karya sutradara Choi Joon Bae.
Mouse mengisahkan tentang dunia di mana manusia dapat mengenalpasti psikopat melalui ujian DND pada janin di rahim ibu.
Persoalan utama pada drama ini bermula dengan pertanyaan “adakah anda akan melahirkan anak itu sekiranya mengetahui bahawa mereka adalah psikopat?”
Must-Watch Video