Nampaknya kemunculan semula kumpulan K-Pop terkenal, BIGBANG yang paling dinanti-nantikan peminat semakin hampir.

Lebih mengujakan, ketua kumpulan BIGBANG iaitu G-Dragon juga berkongsi foto teaser comeback di akaun Instagram miliknya.

Walaupun tanpa sebarang kapsyen, foto tersebut kini sudah menerima tanda suka lebih daripada satu juta.

A post shared by 권지용(權志龍) (@xxxibgdrgn)

Malah ruangan komen juga mendapat interaksi lebih 60,000 di mana rata-rata peminat meluahkan rasa tidak sabar melihat BIGBANG kembali bersatu selepas sekian lama.

BIGBANG akan membuat kemunculan semula pada 5 April depan bersama empat anggotanya, G-Dragon, Taeyang, T.O.P dan Daesung.

Kali terakhir kumpulan yang digelar King of K-pop itu muncul dengan produk muzik adalah pada 2018 menerusi Flower Road.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU