Pelakon dan anggota Running Man mendedahkan pernah terfikir untuk menarik diri dari program variasi popular berkenaan.

Bagaimanapun menurut Ji Hyo, dia membatalkan niatnya kerana sudah menggangap Running Man sebagai sebahagian hidupnya.

“Agak sukar untuk saya menerangkan perihalnRunning Man menerusi kata-kata. Apa yang saya boleh hujahkan, Running Man sangat bermakna dalam hidup saya.

“Sebab bukan senang untuk menghabiskan masa lebih 10 tahun bersama sesebuah program.

“Dan disebabkan saya telah menghabiskan usia 30-an bersama anggota Running Man lain menerusi program itu, saya dapat merasakan perubahan pada diri, menjadi lebih baik.

“Sudah pasti ada kalanya saya berdepaj dengan cabaran terutamanya dari segi fizikal sehingga menyebabkan saya terfikir untuk menarik diri akibat terlalu penat.

“Namun bila difikirkan kembali, pada saya Running Man adalah umpama seperti janji yang telah saya buat.

“Kehendak saya untuk menyimpan janji itu kepada diri sendiri lebih kuat berbanding niat untuk saya menarik diri akibat keletihan. Running Man sangat bermakna untuk saya,” jelasnya.

Jangan lupa saksikan episod baru Running Man, setiap Jumaat, jam 11:00 malam di ONE (saluran 393).

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai K-Drama dan dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU

Sumber: Soompi