Artis Korea

Tiada Lagi Royal Bodyguard Lee Min Ho, Woo Do Hwan Masuk Tentera

gempak
Mya Amri
25/06/2020
13:31 MYT
Sponsor Banner
Tiada Lagi Royal Bodyguard Lee Min Ho, Woo Do Hwan Masuk Tentera
Pelakon drama popular The King: Eternal Monarch Woo Do Hwan bakal menjalani latihan khidmat tentera awal Julai depan.
Berita itu dimaklumkan sendiri oleh Do Hwan menerusi coretan tulisan tangan yang dimuat naik di akaun Instagramnya semalam. “Saya tahu anda semua mesti terkejut dengan perkhabaran yang secara tiba-tiba ini, tetapi saya menulis surat ini kerana saya mahu memaklumkan perkara ini kepada anda, peminat saya terlebih dahulu.
“Saya akan memulakan tanggungjawab sebagai askar pada 6 Julai depan. Saya berasa serba salah kerana tidak dapat bertemu dan mengucapkan selamat tinggal kepada anda semua.
“Saya akui berasa sangat gembira dengan semua projek yang membabitkan penglibatan saya, terima kasih atas sokongan dan kasih sayang anda semua. “Terima kasih kerana ‘melihat’ saya membesar sejak dari usia 20-an dan menyayangi saya. Terima kasih, disebabkan kasih sayang anda saya telah melalui perjalanan hidup dengan sangat gembira.
“Saya harap anda semua akan sentiasa sihat dalam menempuh hari-hari yang sukar seperti ini. Saya sangat sayang dengan anda semua dan berasa bersyukur... Tidak dapat saya nak ungkapkan dengan kata-kata,” tulisnya.
A post shared by 우도환 (@wdohwan) on
Terdahulu, Do Hwan membawakan watak sebagai Jo Young iaitu pengawal peribadi kepada Lee Gon lakonan Lee Min Ho dalam drama The King: Eternal Mornarch.
Antara drama lakonan Do Hwan yang lain adalah The Divine Fury bersama aktor Park Seo Joon.
Do Hwan telah memulakan karier lakonannya pada tahun 2011 dan mula dikenali menerusi drama Mad Dog dan Tempted.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai K-Drama dan dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live