Pelakon terkenal Korea, Kim Soo Hyun dilaporkan menolak tawaran untuk membintangi siri drama thriller terbitan Netflix berjudul Finger.

Berita itu dimaklumkan oleh agensinya, Gold Medalist Entertainment pada Rabu.

“Buat masa ini Kim Soo Hyun sedang meneliti beberapa tawaran untuk projek akan datang,” jelas pihak pengurusannya.

Dalam pada itu, peminat Soo Hyun menyatakan rasa percaya dengan keputusan yang dilakukan bintang popular itu.

Antara komen yang diberikan peminat adalah:

“Sentiasa percaya dengan pilihannya, tak sabar nak tunggu projek seterusnya. Sudah pasti ia lebih baik,”

“Ala bestnya kalau dapat lihat dia berlakon watak ini, tapi apakan daya itu adalah pilihannya,”

“Ini adalah Kim Soo Hyun, dia seorang yang amat menitikberatkan peranan yang ditawarkan kepadanya. Bukan sebab duit sebaliknya lebih kepada plot penceritaan sesuatu karya itu sendiri. Good luck Soo Hyun,”

Finger yang bakal diarahkan oleh Jung Ji Woo kini dalam misi mencari hero gantian lain berikutan penolakan aktor yang popular dengan siri drama It's Okay To Not Be Okay itu.

Watak utama drama tersebut mengisahkan tentang seorang pembunuh psiko yang diambil inspirasi daripada filem barat, American Psycho yang diterbitkan pada tahun 2000.

Sumber: Soompi