Penampilan baharu anggota kumpulan K-Pop terkenal BIGBANG, TOP mendapat perhatian peminat.

Menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagramnya, TOP atau nama sebenarnya Choi Seung Hyun berkongsi foto yang merakamkan dirinya kelihatan begitu segak dengan potongan dan warna rambut baharu.

A post shared by T.O.P (@choi_seung_hyun_tttop)

Disebabkan itu juga, ruangan komen Instagram TOP dipenuhi dengan persoalan peminat yang tertanya-tanya adakah ini merupakan hint BIGBANG bakal membuat kemunculan semula tidak lama lagi.


Sebelum ini, BIGBANG merancang untuk membuat kemunculan semula melalui festival muzik di Amerika Syarikat pada April tahun lalu.

Namun, kemunculan semula mereka itu terpaksa ditangguhkan kerana pandemik COVID-19.

YG Entertainment juga bagaimanapun sehingga kini masih belum secara rasmi mengumumkan kemunculan semula BIGBANG.