Artis Korea
Umur 40 Tahun, Bada Selamat Bersalin Anak Perempuan
Penyanyi Korea, Bada, 40, yang juga merupakan anggota kumpulan S.E.S selamat bersalin anak perempuan.
Berita gembira itu disahkan oleh agensinya, Wave Nine Entertainment hari ini.
Menurut wakilnya, Bada melahirkan anak perempuannya pagi tadi.
“Kedua-dua ibu dan anak berada dalam keadaan sihat. Dia kini sedang berehat bersama keluarga.
“Mereka sekeluarga berasa gembira kerana dapat menyambut ahli keluarga baru,” katanya.
Bada juga mengucapkan terima kasih kepada peminat yang mendoakan dirinya.
“Pertama sekali saya terfikirkan tentang peminat. Saya rasa bersyukur kerana ramai yang mendoakan saya.
“Saya juga gembira kerana dapat bertemu dengan anak perempuan kesayangan saya.
“Saya berjanji akan membesarkannya dengan sepenuh kasih sayang. Saya juga tidak sabar untuk kembali menyanyi,” ujarnya.
Terdahulu, Bada selamat melangsungkan perkahwinannya pada 2017.
Menariknya, suami yang bukan terdiri dalam golongan selebriti ini berumur 10 tahun lebih muda berbanding dirinya.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai K-Drama dan dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU
Sumber: Soompi
Must-Watch Video