[VIDEO]: Tali Terputus, Penari Kritikal Ditimpa Screen LED Gergasi! Konsert Boy Band Mirror Dihentikan Serta Merta

Mya Amri
Julai 29, 2022 02:47 MYT

Satu siri konsert oleh boy band popular Hong Kong, Mirror telah dibatalkan selepas skrin LED gergasi jatuh dari siling dan menimpa penari mereka.

Kejadian tersebut berlaku pada malam Khamis dan rakaman video insiden itu telah menjadi tular di media sosial.

Rakaman video itu jelas menunjukkan tali skrin LED tergantung di bahagian siling pentas konsert itu terputus sebelum jatuh dan menimpa dua penari yang berada betul-betul di bahagian bawah skrin berkenaan.

Sebaik sahaja skrin itu terjatuh, kedengaran jeritan penonton yang terkejut dan persembahan terus dihentikan.

Kesemua yang berada di atas pentas kemudiannya terus bergegas membantu kedua penari.

Seorang penari kelihatan tidak sedarkan diri manakala seorang lagi menahan sakit.

#BREAKING: A horrible accident erupted as a Hong Kong singing and dancing boy band was hosting their first concert, injuring at least two dancers. Both were said to be conscious when being sent to the hospital. pic.twitter.com/y3c7MVyUmn

— Ezra Cheung (@ezracheungtoto) July 28, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Kedua-duanya dikejarkan ke hospital. Difahamkan seorang mengalami kecederaan di bahagian kepala namun berada dalam keadaan stabil.

Bagaimanapun seorang lagi masih berada dalam keadaan krital selepas mengalami kecederaan serius di bahagian leher.

Kemalangan itu telah menyebabkan bantahan orang ramai. Peminat dan juga orang dalam industri turut mengecam penganjur konsert.

Mereka juga mendakwa pihak penganjur tidak memberi masa yang cukup untuk membuat pemeriksaan lokasi, latihan serta mengabaikan keselamatan penghibur.

Kerajaan Hong Kong telah menangguhkan konsert seterusnya di lokasi berkenaan sehingga reka bentuk pentas dan struktur mekanikalnya terbukti selamat.

Sumber: South China Morning Post

#Konsert #Band #Hong Kong #Kritikal #Cedera #Boy #Penari #Kemalangan Konsert #Konsert Dihentikan #Mirror