Anggota kumpulan K-Pop terkenal BLACKPINK, iaitu Jennie menjadi perhatian peminat seluruh dunia selepas videonya memakai hijab tular di media sosial.

Video tersebut memperlihatkan Jennie memakai hijab berwarna hitam sewaktu melawat Masjid Besar Sheikh Zayed, Abu Dhabi.

Tidak hanya hijab, Jennie juga tampil dengan memakai pakaian yang longgar dan berlengan panjang bagi menghormati peraturan melawat masjid.

Malah Jennie juga kelihatan gembira dapat merakamkan video ketika berada di perkarangan masjid berkenaan.

Dalam pada itu, rata-rata peminat memuji Jennie kerana menghormati rumah ibadah bagi peminat yang beragama Islam.

Antaranya:

“Jennie berhijab di Abu Dhabi, terima kasih Jennie,”

“Dia menunjukkan rasa hormatnya kepada masjid dan juga rumah ibadah, terima kasih Jennie,”

“Melihat Jennie memakai hijab di masjid sudah menggembirakan hati saya, terima kasih Jennie,”

“Saya nampak ada video merakamkan Jennie memakai hijab ketika melawat masjid dan saya rasa sangat gembira, terima kasih Jennie,”

Untuk info, BLACKPINK yang dianggotai oleh Jennie, Lisa, Rose dan Jisoo kini sibuk dengan konsert jelajah dunia, BLACKPINK Born Pink World Tour di Asia.

BLACKPINK akan hadir ke Malaysia untuk mengadakan konsert tersebut pada 4 Mac depan bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.