Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Win! Mengidam Berbual Dengan Song Joong Ki Tercapai, Suami Tunaikan - “Hanya Mampu Menganga”

Mya Amri
03/09/2021 13:15 MYT
Bintang Indonesia, Felicya Angelista tidak menyangka hasrat untuk berbual bersama pelakon Korea kesayangannya, Song Joong Ki akhirnya tercapai.

Menurut Felicia, dia sendiri tidak menyangka suaminya, Caesar Hito sanggup merialisasikan impiannya walaupun waktu yang diberikan untuk berbual bersama Joong Ki adalah singkat.

Selain itu, dia juga meluahkan rasa terharu kerana Joong Ki sanggup meluahkan masa untuk memenuhi permintaannya.

“Impianku untuk video call bersama idolaku tercapai. Terima kasih Tuhan. Huaaaa hanya boleh menganga dan tidak mampu untuk berkata apa-apa,” tulisnya dalam akaun sosial.

Difahamkan, impian Felicya untuk bertemu dengan bintang drama Vincenzo itu menjadi kenyataan hasil daripada bantuan rakan Hito, iaitu Raymond.

Sebelum ini, Felicya yang kini hamil enam bulan meluahkan keinginan kepada suami bahawa dia mengidam untuk berbual dengan salah seorang aktor kegemarannya.

Sumber: Kompas.com

#Song Joong Ki #Artis Korea #Mengidam #Artis Indonesia #Felicya Angelista #Mengidam Artis Korea
;