Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Artis Korea

Wow 48.8 Juta! BLACKPINK Artis Jadi Artis Kedua Paling Banyak Pengikut Di YouTube

Mya Amri 29/09/2020 | 15:24 MYT
Kumpulan K-Pop terkenal, BLACKPINK menjadi artis kedua dengan pengikut (subcribers) terbanyak di laman YouTube.
Berita itu disahkan oleh agensi mereka, YG Entertainment yang mengatakan YouTube rasmi BLACKPINK telah mencecah sebanyak 48.8 juta pengikut.
Jumlah itu sekaligus meletakkan BLACKPINK berada pada tahap lebih tinggi berbanding DJ Marshmello yang sebelum ini merupakan pemegang tempat kedua.
Satu-satunya artis di YouTube yang memiliki jumlah pengikut terbanyak adalah Justin Bieber dengan jumlah 57.2 juta.
Terdahulu, BLACKPINK berjaya memecahkan beberapa rekod di YouTube dengan lagu terbaharu berjudul How You Like That.

#BLACKPINK #블랙핑크 #1stFULLALBUM #THEALBUM #Tracklist #TITLE #LovesickGirls #HowYouLikeThat #IceCream #PrettySavage #BetYouWanna #CrazyOverYou #LoveToHateMe #YouNeverKnow #20201002_12amEST #20201002_1pmKST #Release #YG

A post shared by BLΛƆKPIИK (@blackpinkofficial) on

BLACKPINK juga berjaya memintas Eminem dengan menjadi artis keempat yang memiliki pengikut terbanyak pada Ogos tahun ini.
Bagaimanapun selepas terbitnya lagu kolaborasi mereka bersama Selena Gomez dengan lagu berjudul Ice Cream, BLACKPINK kemudiannya naik menjadi artis ketiga dan berjaya memintas rekod Ed Sheeran di platform yang sama.
BLACKPINK yang dianggotai oleh Jennie, Lisa, Rose dan Jisoo kini berjaya mencatatkan sejarah tersendiri dengan menjadi artis kedua terbanyak memiliki pengikut di YouTube beberapa hari sebelum menjelang hari pelancaran album penuh pertama mereka pada 2 Oktober mendatang.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai K-Drama dan dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU
Sumber: Soompi.
#Artis Korea #Blackpink
;