Artis Korea

YouTuber Korea, Dawn Lee Meninggal Dunia Selepas Dua Tahun Sakit Kanser

gempak
Mya Amri
03/06/2021
05:23 MYT
Sponsor Banner
YouTuber Korea, Dawn Lee Meninggal Dunia Selepas Dua Tahun Sakit Kanser
YouTuber terkenal dari Korea, Dawn Lee meninggal dunia selepas pada Ahad selepas dua tahun bertarung penyakit kanser.
Berita pemergian Dawan itu dimaklukan oleh agensi pengurusannya, Ice Creative menerusi kenyataan di akaun Instagram.
“Dengan berat hati, saya ingin berkongsi berita mengenai pemergian sahabat saya Dawn Lee. Dia merupakan cahaya yang sangat terang di dunia ini.
“Saya akan sentiasa mengingati keberaniannya dan bagaimana cara dia menunjukkan kekuatan melawan penyakit kanser. Kirimkan doa anda kepadanya,” tulis CEO agensi berkenaan.
Sebelum ini pada Februari 2019, Dawn mendedahkan kepada peminat bahawa dia menghidap kanser limfoma dan berada dalam proses rawatan.
Bagaimanapun Dawn tetap positif kerana dia telah berjanji untuk melawan penyakit itu dan berkongsi proses rawatan kimoterapi di saluran YouTubenya pada Mei 2019.
Pada November tahun lalu, Dawn muncul dalam rancangan bual bicara SBS, Bapsim, untuk berkongsi pengalamannya melawan kanser limfoma tahap empat dan bagaimana teman lelaki dan keluarganya membantu mengatasi kesan emosi dari diagnosis dan proses rawatan.
Perkongsian Vlog terakhirnya di YouTube dibanjiri ucapan duka daripada pengikut kesayangannya.
Sumber: The Korea Times
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live