Selepas dua kali tanpa sebarang penyingkiran, kumpulan Nico G akhirnya menjadi bintang Gegar Vaganza lapan (GV8) pertama yang tersingkir pada konsert ketiga, berlangsung malam semalam.

Bertemakan Segalanya Ku Terima, Nico G yang menyanyikan lagu Manis (Zainal Abidin) hanya mampu menerima markah 50.1%, berbanding bintang lain.

BACA: Peroleh Markah Tercorot, Nico Bintang GV8 Pertama Tersingkir!

Namun, dalam pada tumpuan diberikan kepada Nico G, banyak sebenarnya yang berlaku di belakang tabir yang mungkin penonton di rumah terlepas pandang.

Berikut merupakan corat-coret GV8 konsert ketiga.

#1 Sebaik saja Suki Low melontarkan suara, kelihatan beberapa penonton yang saling berpandangan, tergamam. Mungkin mereka tidak percaya atau terkejut Suki mampu membawakan lagu Badarsila dengan baik.

#2 Masih ingat tak Datuk Syafinaz Selamat memuji kasut Datuk Fazley Yaakob? Rupanya kasut itu dibeli dengan harga RM80 di sebuah gedung beli belah berhampiran Jalan Tun Abdul Razak saja.

#3 Datuk AC Mizal kelihatan sungguh enjoy dan terhibur ketika Azan Scan membawa lagu Ini Rindu. Tersenyum lebar, mungkin lagu kegemaran beliau!

#4 Bunda Hetty Koes Endang beberapa kali mengangguk ketika Bandi Amuk membawakan lagu Nak Dara Rindu. Mungkin on pitch barangkali.

#5 Sekumpulan penyokong Nikki Palikat mencuri tumpuan penonton di PICC apabila menggayakan topi ahli sihir. Sampai Jihan Muse pun tegur siapakah mereka.

#6 Sementara menunggu 'playback' dimainkan iaitu kira-kira 10 saat sebelum persembahan, kelihatan Shidee beberapa kali menari secara ligat. Terkejut kami, namun rupanya-rupanya ia adalah step yang bakal dipersembahkan. Kiranya latihan last one lah!

#7 Pelakon Sharnaaz Ahmad dan Emma Maembong turut hadir menonton konsert sambil mempromosikan drama Janji Anaqi. Namun, dalam banyak-banyak bintang, Sharnaaz dilihat paling terhibur dengan persembahan Nico G. Enjoy betul Mamu menari! Minat Nico G ke?

#8 Ketika iklan, Jihan Muse sempat menyanyikan lagu Kasihnya Laila sambil menunggu masa untuk kembali bersiaran. Not bad juga!

#9 Sebaik Nikki Palikat 'menembak' nota tinggi menerusi lagu Semalam, kelihatan muka tergamam AC Mizal yang sambil menggeleng-gelengkan kepala. Mungkin puas mendengar lontaran suara Nikki.

#10 Jihan sekali lagi membuatkan ramai terkejut apabila secara tiba-tiba menyanyikan lagu Semalam. Jeritannya membuat kami seram!

Dihoskan oleh Jihan Muse dan Nabil Ahmad, GV8 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam.

GV8 turut menampilkan Datuk Ramli MS dan mengembalikan Hetty Koes Endang serta Datuk Syafinaz Selamat sebagai juri tetap dan akan dibantu juri jemputan setiap minggu.

Teruskan menonton GV8 yang dibawakan sekali lagi oleh Farm Fresh selaku Penaja Utama, disokong Adabi dan CUCKOO Healthy Home sebagai Penaja Bersama selain Digi selaku Telco Rasmi.

Rangkaian program GV8 akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104) serta turut boleh diakses menerusi portal Gempak dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’ yang akan disiarkan pada setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang bermula 15 November.

Bagi yang terlepas untuk menonton, program ‘Kompilasi Kapsul Gegar Vaganza S8’ akan disiarkan khas pada setiap hari Sabtu, jam 7.00 malam mulai 20 November 2021.

Untuk pengisian di platform digital, program ‘Gegar Vaganza Live Plus’ akan disiarkan secara serentak di www.gempak.com/gegarvaganza ketika berlangsungnya konsert mingguan ‘GV8’ bermula 21 November 2021.

Dalam pada itu, Program realiti Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) terbitan Astro Ria telah dinobatkan sebagai Program Muzik/Tarian Terbaik Asia di Asian Academy Creative Awards 2021 (AACA 2021) yang berlangsung di Singapura pada 3 Disember lalu.