Education | Pendidikan
#GempakSpot: 20 Nasihat Kewangan Untuk Orang Muda Ini Mungkin Berguna Untuk Anda
Seorang pengguna Twitter berkongsi 20 nasihat kewangan yang ditujukan khas untuk golongan muda. Mana tahu, nasihat yang diberikan ini berguna untuk anda.
Ini nasihat kewangan untuk orang muda:
1. Kalau belum buka akaun Tabung Haji, pergi buka akaun TH. Buka RM1,300.
2. Buka akaun ASB, simpan duit dalam tu. Nak advance sikit pergi buka ASBF. Sijil 50K baru RM275 sebulan (terpulang kepada komitmen masing-masing)
3. Cari pendapatan sampingan. Sekarang ni banyak part time boleh buat, ada Grab Food, Foodpanda dan macam-macam.
4. Ambil satu medical plan, tak payah yang juta-juta pun tak apa, kalau tak mampu. Perempuan coverage RM150K tiap tahun, baru RM75.
5. Baca buku kewangan. Tambah ilmu pengetahuan. Tapi kalau tak ada feel baca buku, pergi seminar kewangan. Sekarang ni dah banyak.
6. Buku taknak, seminar taknak, kau baca je dekat facebook dan blog-blog usahawan. Banyak ilmu percuma.
7. Kalau kau ada kawan yang bijak kewangan. Pergi menuntut ilmu dengan dia. Belanja kopi secawan. Kalau aku, belanja mamak jadilah.
8. Sedekah sekurang-kurangnya hari Jumaat. Jangan rasa takut untuk memberi, sebab Allah Penjamin Rezeki.
9. Bagitau awek/pakwe belanja makan, wayang asing asing. Jangan gelabah nak gentle bagai. Kalau gentle, kahwin terus.
10. Pergi mohon Private Retirement Scheme (PRS). Ada ramai ejen dekat luar sana yg boleh bantu.
11. Buat unit amanah, buat mana yg mampu. Tunai pun boleh. Market best untuk sauk sekarang.
12. Kurangkan bakar duit sendiri, yakni MEROKOK. Kesihatan terjaga duit pun jimat.
13. Jangan gelabah nak hype sana sini. Hidup di bawah kemampuan. Tak payah terpengaruh dengan trend instafamous.
14. Kalau rasa motor elok lagi dan rasa diri lelaki. Pakai je motor dulu, jimat minyak.
15. Dapatkan perlindungan gaji atau takaful nyawa sebagai perlindungan. Ada je RM38 sebulan, boleh cover RM50K.
16. Buat jadual menyimpan. Sekarang macam-macam apps dekat telefon pintar untuk pantau simpanan.
17. Rajin-rajin memasak dekat rumah. Masak nasi berlauk. Bawa bekal pergi kerja. Jangan kedarah Maggie je, kesian perut.
18. Usahakan bayar PTPTN tu. Nama pun hutang, orang lain nak guna jugak, takkan kau je sedap.
19. Bab niaga, jangan malu. Tak buka mulut, kita tak tau. Tak payah nak kutuk kawan-kawan berniaga. Support dorang.
20. Bezakan kehendak dan keperluan serta kemahuan yakni nafsu.
Disclaimer: Nama pun nasihat, rasa bermanfaat dan sesuai, bolehlah ambil. Gambar sekadar hiasan.
Kredit: @elfarishanafi
Kredit Gambar: Google
Kisah ini dikongsi oleh pengguna Twitter Farhana Aini Omar menggunakan akaun Twitter @farhanaainiomar dan mendapat lebih 22,000 Retweet. Beberapa ejaan, perkataan dan ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca.
Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.
Kepada anda yang berminat untuk menyumbang, hantarkan karya anda ke [email protected]
Must-Watch Video