#GempakSpot: "30 Perkara Menarik Yang Aku Belajar Sepanjang Aku Di Dubai Dan Abu Dhabi" - Mohd Asri
Gempak Spot
05/12/2019 11:42 MYT
05/12/2019 11:42 MYT
Seronok membaca perkongsian pengguna Twitter @MohdAsriDungun walaupun kebanyakan informasi yang diperolehinya adalah daripada pemandu pelancong ketika dia dan keluarga melancong ke Dubai dan Abu Dhabi.
Disclaimer : Perkara perkara yang aku tulis mainly dari cerita tourist guide kami, cerita cerita yang mungkin tiada di mana mana laman web. Sejauh mana kebenarannya, wallahualam. Feel free untuk tambah atau betulkan yang mana salah.
1. Ada lagenda yang mengatakan pada satu malam, Presiden Dubai yang pertama bermimpi untuk membina bandar di padang pasir. Ilham dari mimpi itu, beliau bina sebuah negara yang pesat membangun. Mimpi kedua beliau lagi extreme dari ni, nanti kita cerita lagi.
2. Perkataan "Dubai" berasal daripada peribahasa Arab "Daba Dubai" yang bermaksud "dan mereka datang membawa kekayaan dan kemewahan (duit)"
3. Burj Khalifa merupakan menara tertinggi di dunia sekarang. The elevator boleh sampai ke tingkat 124 dalam masa 60 saat. Ramai yang tak tahu yang menara ini ada lebih 20 tingkat di bawah tanah untuk menampung ketinggian menara ini.
4. Semua franchise popular di dunia ada di sini. Dari Prada, Rolex, Swarovski, Galleries Lafayette - semua ada. Termasuklah Burger Fuel, burger tersedap di alam semesta keluaran New Zealand.
5. Istimewa kepada penduduk asal Dubai, kerajaan menyediakan rumah banglo khas percuma kepada semua pengantin baru dan mereka ditempatkan di satu kawasan perumahan mewah tidak jauh di bandar. Kerajaan akan sediakan rumah yang lebih besar jika mereka mendapat cahaya mata.
6. Dubai sekarang sedang bersedia untuk Expo 2020 di mana mereka akan mempamerkan bandar ini sebagai bandar maju yang berteknologi tinggi kepada dunia. Antara yang menarik yang bakal mereka perkenalkan ialah driver-less teksi terbang. Sudah siap, akan tersedia tahun hadapan.
7. Selain itu, anggota polis disini menggunakan Ferrari dan Lamboghini di jalan raya.
8. Saudi dalam usaha untuk membina menara lebih tinggi dari Burj Khalifa. Oleh kerana itu, mereka dalam proses pembinaan Dubai Creek Tower yang akan lebih tinggi dari Saudi. Ketinggian rasmi masih dirahsiakan. Akan dibuka 2021.
9. Petugas kerajaan di sini bekerja lima ke tujuh jam sahaja sehari. Jam bekerja pula akan ditolak dua jam sehari ketika di bulan Ramadan.
10. Dubai Mall adalah shopping mall terbesar di dunia, terletak bersebelahan Burj Khalifa. Legend has it that it will take one week to cover all the stores dalam mall ni.
11. Burj Al Arab Hotel mempunyai bilik dari harga $2,000USD ke $25,000USD semalam. Mempunyai pegawai peribadi di setiap bilik, hotel ini juga mempunyai Rolls Royce chaffeur service with drivers.
12. Kawasan perumahan mewah orang Emirati yang berada di bandar mempunyai rumah bagaikan istana, ada swimming pool. Jadi kerajaan Emirates memastikan tiada menara yang berdekatan dengan rumah mereka supaya kaum hawa tidak kelihatan mandi di kolam renang di rumah masing masing.
13. UAE mempunyai seven emirates - Dubai, Abu Dhabi (ibu negara), Ajman, Fujairah, Ras Al Khaimah, Sharjah and Umm Al Quwain. Mereka mempunyai presiden masing-masing, dan juga perundangan sendiri. Cara pemilihan presiden bukan melalui pilihanraya tapi cara feudal.
14. Menurut sejarah, penduduk Dubai asalnya adalah penyelam mutiara dan mereka mula membangun dalam tempoh 20 tahun dengan penemuan minyak.
15. Populasi penduduk di Dubai adalah terdiri daripada pelbagai latar belakang dan negara, seperti daripada Filipina dan India, Itali. Home to one of the world's highest percentage of immigrants.
16. Mereka ada kejiranan untuk semua kaum, contoh satu area hanya khas untuk penduduk dari Itali. Jadi mereka membina mall dengan bercirikan artitecture Itali di kawasan kejiranan Itali dan di situ juga penuh dengan kedai dan restoran Itali. Budaya inklusiviti sangat ditekankan di sini.
17. Tiada toll gate, hanya perlu tampal stiker pada cermin kereta dan top up melalui phone dan setiap kali melalui jalan bertol, mereka akan detect melalui sticker. Jika sudah tiada kredit, mereka akan hantar pesanan melalui sms. Sistem yang seakan sama seperti di New Zealand.
18. Warna padang pasir ada dua - biege dan merah. Bergantung pada kandungan sodium dan iron.
19. Mereka ada tempat simpanan kereta yang bernama "Confiscated Vehicle Yard" yang mana kereta kereta yang melebihi had laju akan dikenakan denda dan jika gagal membayar, kereta mereka akan ditarik dan disimpan di sana.
20. Hujung minggu mereka ialah pada hari Jumaat dan Sabtu.
21. Di tengah bandar Dubai, kami nampak masjid di setiap jarak 200 meter.
22. Ada satu salon lelaki yang bernama Diva, dengan semua pekerja lelaki. Untuk dandanan rambut, misai dan janggut.
23. Lebuhraya di Dubai mempunyai lapan lorong.
24. Penduduk yang menginap di Twisted Tower akan mendapat empat pemandangan berbeza sehari kerana menara ini berpusing.
25. Dubai had no addresses, no zip codes, no area codes, and no postal system until 2015.
26. Mereka dalam pembinaan satu lagi Jumeira Palm dan akan menjadi palm lebih besar dari palm sedia ada.
27. Yang ni menarik sikit. Lelaki luar UAE kalau kahwin orang sini, kerakyatan yang perempuan akan terlucut dan dia akan menjadi warga negara yang lelaki. Tiada hak istimewa kepada yang perempuan.
28. Berbeza dengan kalau perempuan dari luar UAE jika dia mahu mengahwini Emirati, dibenarkan. Tapi tour guide kami cakap more than half orang lelaki Emirati workaholic dan lebih suka berseronok dengan kawan kawan, meninggalkan isteri di rumah..
29. Dubai dan Abu Dhabi sedang dalam usaha untuk menjadi capital city of the world dan mereka sangat competitive untuk memajukan negara supaya lebih hebat dari seluruh negara maju di seluruh dunia menggunakan sumber kekayaan mereka.
30. Mimpi kedua Presiden Dubai ialah beliau ingin membina sebuah bandar bernama Dubai City on the moon. Proses perlaksanaan katanya sudah dimulakan. Haha wallahualam.
Sekian, dah sampai Sharjah Airport. Flight balik Malaysia jap lagi. Bye Dubai!
Kredit Gambar: @MohdAsriDungun
Kisah ini dikongsi oleh pengguna Twitter menggunakan akaun Twitter @MohdAsriDungun. Beberapa ejaan, perkataan dan ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca.
Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.
Kepada anda yang berminat untuk menyumbang, hantarkan karya anda ke hello@gempak.com