Personal Experience | Pengalaman Sendiri

#GempakSpot: "Aku Amalkan Ini, Aku Dapat 5 Tawaran Kerja Dalam Masa Sebulan"

gempak
Gempak Spot
29/07/2020
03:40 MYT
Sponsor Banner
#GempakSpot: "Aku Amalkan Ini, Aku Dapat 5 Tawaran Kerja Dalam Masa Sebulan"
Perkongsian daripada pengguna Twitter @hazidajimmy tentang bagaimana dia mudah mendapat tawaran kerja dengan melakukan perkara-perkara berikut mungkin boleh menjadi amalan kepada kita semua.
Nak tahu tak, macam mana aku boleh dapat interview untuk lima job dalam satu bulan dan kelima-lima sekali aku dapat. Tiga daripada tu aku tolak sebab jauh. Kemudian, semalam aku dapat lagi dan diarahkan masuk kerja bulan depan.
Harini pulak aku dapat call lagi sekali dan diarah untuk buat medical check up esok. Jadi aku nak kongsi tips macam mana aku boleh dapat offer kerja yang banyak hanya dalam satu bulan sahaja. Senang dan mudah. Semua orang boleh buat. Tambahan lagi, benda ni tak merugikan sesiapa pun.
Okay macam ni. Aku tahu bunyi macam cliche dan agak keagamaan tapi benda ni aku selalu buat. Mula-mula memang malas dan rasa nak give up, tapi aku tetap buat sebab aku percaya sangat-sangat, kalau aku buat ni, mesti Tuhan bagi punya. Jadi, aku ringkaskan saja ya. Moga bermanfaat.
Pernah dengar solat sunat rawatib qabliyyah & ba'diyyah? Walaupun solat sunat tapi aku rasa benda ni memang betul-betul berkesan. Pernah sekali aku buat masa aku nak sangat ada kerja, sehari je aku buat, full buat solat sunat, aku tambah solat tahajjud. Esok tu aku dapat call.
Aku dapat kerja esok tu jugak. Guys, benda ni realiti tau, aku dah buat dan aku dapat. Cuma sejak PKP hari tu, company suruh cuti lama. Jadi aku tak tahan, aku nak jugak ada kerja sebab tak nak susahkan orang. Aku ada je buat paid retweet, tapi kadang aku malas nak charge, jadi aku buat percuma je.
Adalah yang bayar sebab yalah aku tak ada kerja. Maybe dorang rasa bersalah. kadang aku ambil, kadang aku tak ambil. Cuma aku selitkan dekat dorang, aku minta doa supaya aku dipermudahkan rezeki. Aku tak ada duit nak buat sedekah, jadi dengan cara ni je aku mampu buat.
Ini benda penting sekali kena tau. Masa first aku buat solat sunat tu, seharian aku tunggu, tapi tak dapat satu pun call. Aku fikir mungkin sebab hari tu aku " take Allah for granted " bila Allah dah bagi, aku tak praktikkan benda tu secara berterusan. Salah aku, bukan salah Tuhan.
Aku tak give up lagi, aku terus buat solat sunat rawatib tu, sebagaimana aku buat solat lima waktu aku setiap hari. Aku jadikan benda tu kewajipan. Dengan aku tambah setiap malam aku dengan tahajjud. Last sekali, setiap selepas maghrib aku baca Quran, tak banyak sikit pun jadi.
Oh, satu lagi. Aku salawat 300 kali sehari. Setiap habis solat, aku akan salawat 60 kali. tapi kalau nak buat lebih pun, lagi bagus. Minimum 300 kali sehari. Dan zikir macam biasalah, Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar 33 kali setiap kali habis solat.
Nampak macam rumit tapi kalau dah terbiasa, korang akan rasa biasa je bila buat semua ni. Hal syaitan ni, aku susah nak cakap, mereka memang akan selalu goda kita. Kita je yang kena tahan. Jadi, pendek ceritalah kalau aku boleh, korang mesti boleh jugak. Sekian sahaja tips yang tak seberapa dari aku.
Lagi satu, memang aku pakai cable, cable aku adalah Allah. Tak ada lain. Semua position aku mintak, satu pun famili aku takda kena mengena. Masa interview rata rata tanya aku, ada family ke kerja sini? aku cakap tak ada. yalah, dah memang tak ada kan, nak buat macam mana.
Kredit Gambar: Twitter @hazidajimmy / Google
Kisah ini dikongsi pengguna menggunakan akaun Twitter @hazidajimmy dan mendapat hampir 23,000 Retweet dan lebih 37,000 Likes. Beberapa ejaan, perkataan dan ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca.
Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.
Kepada anda yang berminat untuk menyumbang, hantarkan karya anda ke GempakSpot
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live