Personal Opinion | Pendapat Peribadi

#GempakSpot: “Aku Bangga Dengan Dia. Semoga Lebih Ramai Anak Muda Dapat Mencapai Impian Masing-Masing”

gempak
Gempak Spot
28/11/2019
11:09 MYT
Sponsor Banner
#GempakSpot: “Aku Bangga Dengan Dia. Semoga Lebih Ramai Anak Muda Dapat Mencapai Impian Masing-Masing”
Kisah ini dikongsikan oleh seorang jurusolek terkenal di Twitter beliau @syedewa yang bangga dengan kejayaan anak muda mencapai impian. Baca perkongsian cerita yang membakar semangat ini.
Butik Locka ni berada di pusat membeli belah One Utama. Tuan punya butiknya muda lagi, 29 tahun, dan anak Melayu. Dia housemate aku.
Aku kenal dia ni sejak dari dia menjual tudung secara online, lepas tu dia cakap dengan aku dia nak jadi macam ZARA. Kualiti bagus, mampu dimiliki dan bergaya (good quality, affordable and trendy)
Sekarang dia dah ada butik sendiri di pusat beli belah One Utama pulak tu!
Aku cuma nak cakap, aku bangga dengan dia.
Semua benda dia buat di Malaysia. Ada kilang jahit sendiri. Ada pereka sendiri. Bukan beli di Kenanga dan jual balik kat kedai.
Nak masuk pusat beli belah bukanlah satu perkara yang mudah. Malah tak banyak orang berani buka kedai di pusat beli belah. Kebanyakannya suka pilih lot kedai di Bangi atau Shah Alam.
Seeing how this brand grow is really inspiring. Aku harap you guys boleh support dia.
Hanya kongsikan dan semoga bisnes dia bertambah maju dan lagi ramai anak muda dapat mencapai impian masing-masing.
#lockamy Locka.my
Kredit Gambar: @syedewa
Kisah ini dikongsi oleh pengguna Twitter menggunakan akaun Twitter @syedewa dan mendapat lebih 8,000 Retweet. Beberapa ejaan, perkataan dan ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca.
Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.
Kepada anda yang berminat untuk menyumbang, hantarkan karya anda ke [email protected]
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live