Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

#GempakSpot: "Aku Minta Dia Hantar Gambar Airbnb Abang Dia Tapi Dia Hantar Gambar..." - Terhibur Dengan Gadis 'Blur'

Badrul Hashim
22/05/2020 00:15 MYT
Kisah yang menghiburkan ini dikongsi oleh seorang pengguna Twitter menggunakan akaun Twitter @thefildzadaniel apabila menghubungi rakannya untuk meminta gambar Airbnb kepunyaan abang kepada wanita tersebut.

Kembali dalam episod Dhalia dah bodoe ke belum. Aku minta dia hantar gambar Airbnb abang dia tapi dia hantar gambar abang dia. Ya Allah, sekali dengan gambar family dia.



Whenerever I said I'm tired of her, I really mean it.

Boleh pulak dia reply 'Jap', lepas tu dia screenshot gambar abang dia dekat Instagram abang dia dan hantar pada aku.



Perkongsian tersebut mendapat jawapan daripada gadis tersebut yang dikenali sebagai @DahliaRizal

"Hahaha, I tak baca part Air Bnb tu lah," komen Dahlia.

Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada warga Twitter yang turut meninggalkan komen pada thread tersebut.

"Wah aku jumpa lembab selebel dengan aku," tulis @fakhirashamsul.

"Hahahaha mesti dia ingat 'abnb' tu typo untuk 'abang'", tulis @elllzhraaa.



"Dahlia ni macam aku lah. Slow nak mati," komen @bewithviolet.

"I can't brain hahaha. Dengan penuh yakin ya dia hantar gambar tu semua," tulis @AzimNoorlan97

"Okay why dia kasi gambar abang dia kat kau. I mean apa yang dia fikir?" tanya @adamalewi

Walau apapun, semuanya memang terhibur dengan Tweet yang dikongsikan oleh @thefildzadaniel dan @DahliaRizal menganggap ianya sebagai gurauan semata.

Kredit Gambar: Instagram @thefildzadaniel

Kisah ini dikongsi oleh pengguna Twitter yang menggunakan akaun Twitter @thefildzadaniel. Beberapa ejaan, perkataan dan ayat mungkin dibuah suai untuk memudahkan pembaca.

Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.

Kepada anda yang berminat untuk menyumbang, hantarkan karya anda ke hello@gempak.com

#GempakSpot #Salah Baca