Personal Opinion | Pendapat Peribadi
#GempakSpot: "Aku Positif Je, Maybe Dorang Sebumbung" - 'Curi' Gambar Konon Kucing Sendiri, Warga Twitter Bongkar Gambar 2017
Membaca komen-komen di Twitter sangat menghiburkan apabila berlaku 'kecurian' gambar dan mengaku seolah-olah gambar itu milik sendiri untuk mendapatkan jumlah Retweet dan Likes yang banyak.
Seorang pemuda yang menggunakan akaun Twitter @iNerd_ berkongsi tiga keping gambar anak kucing di Twitternya.
"Punya la penat cari. Menyorok dalam ni rupanya," tulis pemuda itu pada perkongsiannya.
Namun perkara tersebut dibongkar oleh warga Twitter yang mengetahui tentang gambar asal anak kucing tersebut.
"Menyorok sampai 3 tahun dah ke?", tanya pengguna Twitter @MuhammadAdibbbb yang turut berkongsi Twitter asal daripada @britneydiane bertarikh 30 April, 2017.
Seorang lagi pemuda yang bukan warga negara Malaysia, @777jorgeivan turut berkongsi gambar yang sama sehari sebelumnya.
"Aku positif je ni, maybe dorang sebumbung," seloroh pengguna Twitter @zatulamelin
"Kucing ni duduk kat banyak rumah ke? Dah bertahun still kecik lagi?" gurau pengguna Twitter @dzaqreen.
Sejak kebelakangan ini ada segelintir pengguna Twitter yang tidak memberikan kredit kepada tuan punya gambar asal, mahupun pada cerita yang diambil dan dikongsikan kembali di Twitter.
Kredit Gambar: Twitter @britneydiane
Kisah ini dikongsi oleh pengguna Twitter yang tidak mahu namanya disebutkan. Beberapa ejaan, perkataan dan ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca.
Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.
Kepada anda yang berminat untuk menyumbang, hantarkan karya anda ke [email protected]
Must-Watch Video