Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

#GempakSpot: "Aku Tenung Ayah. Harap Ayah Sempat Tengok Aku Kahwin..." - Arissa Kongsi Kisah Ayah Bantu Jiran

Gempak Spot
10/04/2020 02:00 MYT
Seorang pengguna Twitter Arissa Aznan yang menggunakan akaun Twitter @arissaaznan berkongsi kisah bagaimana ayahnya membantu jiran yang sedang sarat hamil, hinggalah melahirkan cahaya mata.

Jiran depan rumah ni kan, suami dia kerja off-shore tu tau. Dia hamil 9 bulan dan tunggu hari je. So dia tinggal dengan anaknya dua orang.

Sorang 7 tahun kot sorang lagi 5 tahun. Kecik-kecik lagi. Suaminya patut pulang pada 1 April selepas sebulan pergi kerja.

Lepas tu hari tu hujung bulan 3 dia WhatsApp ayah dengan mak aku. Dia minta tolong tengokkan isteri dia sebab dia kena tahan.

Mereka kena kuarantin kat sana sebab tak boleh balik. Dan dia tak tahu berapa lama dia kena tahan. Sampai PKP ni habislah. Dia pesan jangan bagitahu isteri dia.

Dia tak nak isteri dia down sebab isteri dia memang menunggu. Sedih aku baca text dia. Ayah dah pesan "Kak Nurul tu tunggu hari je. Icha ready lah kot tengah malam dia call".

Sebelum ni memang ayah je tolong akak tu. Check-up ke, apa-apa sajalah memang ayah. Tapi bila ada aku, aku jelah teman.

Pada 6 April, Kak Nurul call cakap ada rasa sikit. Masa tu 5 pagi. Tapi dia kata okay kot tunggu lepas subuh pergi hospital.

Jadi lepas Subuh kami bawa dia ke hospital Bila doktor check bukaan dah 3cm. Terus masuk wadlah. Lepas tu dia kata tak apa boleh balik dulu.

Kemudian ayah beli barang-barang basah, aku masak untuk anak-anak dia sekali. Bagus anak-anak dia, disiplin gila. Tak kacau orang, well behave.

Ayah cakap jangan masak pedas-pedas, dorang semua tak makan pedas. Pastu dah bungkus makanan untuk Kak Nurul sekali, aku suruh ayah hantar ke hospital.

Ayah call dia dulu. Masa tu pukul 7:00 petang. Ayah tanya "Nurul buat apa tu? Abang Nan nak hantaq makan."

Lepas tu dia gelak. "Abang Nan, saya dah beranak, pukul 6:00 petang tadi." kami dua-dua terkejut. Pastu ayah cepat-cepat pergi hospital nak azankan baby. Nurse semua ingat ayah atok kepada baby tu.


Encik Aznan Abdullah bersama isteri.

Esoknya Kak Nurul dah boleh keluar. Alhamdulillah baby dengan dia sihat. Suka tengok dia cerita. Dia kata mudah betul nak beranakkan baby dia.

Ayah pergi ambik Kak Nurul kat hospital. Uruskan makan minum anak-anak dia. Uruskan urusan baby semualah.

Lepas tu kat kejiranan ni, ayah yang tolong beli barang dapur, breakfast dorang. Ayah tak mintak duit minyak, upah pun.

Aku tengok kalau pagi-pagi tu dia singgah banyak betul rumah hantar barang-barang. Siap pergi tolong shave kan rambut jiran.

Dia kata kat jiran-jiran bahaya keluar. Tak apa, kirim je barang kat dia, nanti dia tolong belikan.

Nanti dia gantung kat pintu je barang barang. Hmmmmm ayah ayahhhh... Walaupun macam nak marah tapi tak apa, Icha percaya ayah.

Aku pandang ayah. Tenung dia. Aku harap dia sempat tengok aku kawin, tengok aku pregnant dan sempat tengok anak aku. Nanti aku nak cerita kat anak-anak aku yang atok dia superman!

I called him The Rock since I was a kid. Dia ajak khatam quran waktu kuarantin ni. Sesiapa sahaja yang baca kisah ni, doakan ayah dan mak kita semua dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. InShaAllah! Stay safe everybody!



Kredit Gambar: Arissa Aznan

Kisah ini dikongsi oleh pengguna Twitter Arissa Aznan menggunakan akaun Twitter @arissaaznan dan mendapat lebih 31,000 Retweet. Beberapa ejaan, perkataan dan ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca.

Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.

Kepada anda yang berminat untuk menyumbang, hantarkan karya anda ke hello@gempak.com
#Ayah #Hero #GempakSpot
;