Education | Pendidikan
#GempakSpot: "Anda Membayar Pengalaman Saya Selama Sepuluh Tahun Untuk Menyelesaikannya Dalam Masa Hanya 30 Minit"
Kisah ini dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook Mohd Nazlee Mohamad tentang betapa pentingnya menghargai pengalaman dan kepakaran seseorang yang mungkin mengambil masa berpuluh-puluh tahun lamanya.
Sebuah enjin kapal gergasi rosak dan tidak ada yang boleh memperbaikinya, maka mereka membawanya kepada seorang Jurutera Mekanik berpengalaman lebih 40 tahun.
Dia memeriksa enjin tersebut dengan sangat teliti, dari atas ke bawah. Setelah melihat semuanya, jurutera itu selongkar begnya dan mengeluarkan tukul kecil.
Dia mengetuk sesuatu dengan lembut. Tidak lama kemudian, enjin itu hidup kembali. Enjin telah diperbaiki!
7 hari kemudian jurutera itu menyebut kos jumlah harga pembaikan kapal gergasi tersebut ialah $10,000 kepada pemilik kapal.
"Apa?!" kata pemiliknya.
"Anda hampir tidak melakukan apa-apa. Berikan bil terperinci kepada kami."
Jawapannya mudah:
Mengetuk dengan tukul: $2
Mengetahui di mana hendak mengetuk dan berapa banyak untuk mengetuk: $9,998
sumber: Penemuan Kejuruteraan Awam
Pentingnya menghargai kepakaran dan pengalaman seseorang sehingga kata-kata "senang je", "cuma itu je", seharusnya diketepikan.
Kenapa? Kerana mungkin pengalaman itu adalah terhasil daripada perjuangan, eksperimen dan juga air mata.
Seperti gambar diatas:
If I do a job in 30 minutes it's because I spent 10 years learning how to do that in 30 minutes. You owe me for the years, not the minutes.
(Sekiranya saya dapat menyelesaikan pekerjaan dalam 30 minit, itu kerana saya menghabiskan 10 tahun belajar bagaimana melakukannya dalam 30 minit. Anda membayar saya selama 10 tahun itu, bukan 30 minit).
Kalimat ini mengingatkan saya kepada nasihat seseorang tentang menghormati dan bijak menghormati hasil kerja orang lain.
Di sana saya juga belajar melihat orang. Apabila mereka tidak menghormati orang lain, dalam masa yang sama dia telah merendahkan dirinya sendiri. Kepakaran dan pengalaman, itu mahal.
Sayang, orang kita masih memandang rendah tentang perkara itu.
Sekadar renungan.
kredit to hamba ALLAH.
Kredit Gambar: Facebook Mohd Nazlee Mohamad
Perkongsian ini dikongsi oleh pengguna Facebook Mohd Nazlee Mohamad dan mendapat 187 perkongsian dan lebih 184 likes. Beberapa ejaan, perkataan dan ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca.
Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.
Kepada anda yang berminat untuk menyumbang, hantarkan karya anda ke GempakSpot
Must-Watch Video