Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Education | Pendidikan

#GempakSpot: "Apabila Lelaki Didera, Jangan Gunakan Justifikasi Bahawa Perempuan Lagi Ramai Didera" - Zamir Mohyedin

Gempak Spot 05/02/2020 | 07:47 MYT
Seorang pengguna Twitter Zamir Mohyedin yang menggunakan akaun Twitter @zamirmohyedin menyuarakan pendapat tentang penderaan terhadap lelaki.
Kalau lelaki didera, dia jadi "mendera itu salah tak kira jantina."
Kalau perempuan didera, habis macam-macam hamburan dikenakan ke atas lelaki. "Men are trash", "Lelaki semua sama", bla-bla yada-yada.
Semangat mempertahankan perempuan didera/dirogol itu tak sama dengan mangsa lelaki.
Kalau ada kes lelaki didera timbul, mesti akan ada suara, "Jangan lupa ada ramai perempuan didera oleh lelaki di luar sana."
"Perempuan lagi teruk kena" dan sebagainya.
Susah betul lelaki nak mempertahankan diri sekarang. Tiada ruang. Asal nak pertahankan dirinya, kena balik.
"Di samping kita mengutuk perbuatan perempuan ini, jangan menidakkan berlakunya penderaan ke atas wanita."
Siapa pula menidakkan? Ini kes lelaki didera. Tak fahamlah kenapa mesti tarik kes wanita didera pula seolah nak justifikasi penderaan ke atas lelaki ini bukan salah wanita.
Lelaki tak boleh penat. Kata penat kena cop pemalas.
Lelaki tak boleh mengadu/meluah. Mengadu/meluah kena cop lembik.
Lelaki tak boleh tertekan. Kalau tertekan kena cop lemah.
Hujung-hujung, simpan sorang-sorang. Bunuh diri paling ramai lelaki sebab maskulin yang toksik.
Saya tak salahkan kaum perempuan. If I have to, I want to blame bullshit feminist.
I just hope that we all, regardless the gender, have same wavelength to protect abused victim. Or any victim from miserable unfortunate encounter in their life. Stop victim blaming.
Teringat dulu viral si isteri buat pelbagai persiapan untuk keluarga sebelum outstation, kesiannya suami dia terus kena cop pemalas.
Tapi bila ada orang tulis pasal rajinnya seorang suami buat kerja rumah, tak ada pun isteri kena cop begitu. Malah dipuji beruntung.
Apabila suami tumbuk isteri, tak payah cakap banyak. Suami teruk, suami jahat, suami ada masalah.
Kalau isteri tumbuk suami, kena siasat dulu. Tak boleh tuduh melulu.
Isteri minta cerai, salah suami.
Suami menceraikan pun salah suami.
Teman lelaki minta putus, salah lelaki. Perempuan minta putus pun salah lelaki.
Kredit Gambar: Google
Kisah ini dikongsi oleh pengguna Twitter Zamir Mohyedin menggunakan akaun Twitter @zamirmohyedin dan mendapat lebih 3,000 Retweet. Beberapa ejaan, perkataan dan ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca.
Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.
Kepada anda yang berminat untuk menyumbang, hantarkan karya anda ke hello@gempak.com
#GempakSpot #Penderaan Lelaki
;