Kentang yang telah bertukar warna kepada warna hijau dan telah tumbuh tunas mengandungi toksik semulajadi dikenali sebagai glycoalkaloids iaitu solanin dan chaconine.

Toksik ni berada pada jumlah tinggi pada kulit kentang yang hijau dan bertunas.



Kentang bertoksin ini rasanya pahit, dan memakannya boleh menyebabkan cirit-birit, muntah, dan sakit pada bahagian abdomen. Simptom ini akan berlaku dalam beberapa jam dan berlarutan sehingga satu hari.

Membakar, merebus, dan menggoreng kentang yang bertukar warna hijau dan tumbuh tunas tidak menghapuskan toksin ini.



Walaubagaimanapun, mengupas kulit kentang sebelum proses memasak dapat mengurangkan kandungan toksin ini dalam kentang.

Jadi, sebelum membeli, pilih kentang:

Permukaan licin
Tidak berwarna hijau
Tidak mempunyai tunas



Kredit Gambar: Kamarul Ariffin Twitter @dr_chaku

Kisah ini dikongsi oleh seorang Doktor di Twitter Doktor Kamarul Ariffin menggunakan akaun Twitter @dr_chaku. Perkongsian beliau mendapat lebih 14,000 Retweet.Beberapa perkataan dan ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca.

Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.

Kepada anda yang berminat untuk menyumbang, hantarkan karya anda ke [email protected]