Personal Experience | Pengalaman Sendiri
#GempakSpot: "Ayah Aku Bukan Lelaki Yang Setia. Di Usia Ibu Aku Yang Muda, Ayah Tinggalkan Kami"
Kisah ini dihantar oleh Nas untuk peraduan GempakSpot X Althea. Lima artikel terpilih akan disiarkan setiap hari mulai Isnin hingga Jumaat. Atikel yang mendapat paling banyak 'Likes' dan 'Shares' di Facebook Astro Gempak akan memenangi produk Althea bernilai RM185 dan pemenang akan diumumkan di Instagram dan Facebook Astro Gempak.
Hari ini aku ingin menceritakan pengalaman peribadi tentang keluargaku. Perit. Kehidupan aku adik-beradik sangat perit. Tidak usah cerita berapa banyak air mata kami habis.
Ibu aku tidak pernah menceritakan kisah cinta dia bersama ayah. Yang aku tahu mereka bertemu di Kuala Lumpur, kerana dulu aku sempat membesar di sana.
Advertisement
Ayah aku bukan lelaki yang setia. Aku sebenarnya boleh mengira berapa kali sahaja kami bertemu. Ayah memilih untuk bebas. Ayah tidak mahu tinggal di rumah, dia stres, dia berasa terkongkong. Dia serabut melayan kerenah adik-beradik aku. Dia berasa tidak gembira dan semestinya menyesal. Walaupun dia tidak pernah menyatakan secara lisan, tapi aku tahu.
Di usia ibu aku yang muda, ayah meninggalkan kami. Sehelai kain bajunya tiada di rumah. Cerai? Tidak. Ayah tidak menceraikan ibu, dia gembira melihat ibu aku terseksa. Walau bagaimanapun, ibu memilih untuk fokus kepada kami, adik-beradik. Ibu mengabaikan ayah yang tidak mahu menceraikan dia.
Nafkah? Aku boleh kira berapa ringgit yang ayah pernah hulurkan.
Ibu aku kahwin muda, dia tiada kawan untuk menasihatinya tentang perkhwinannya di hujung tanduk itu. Dia tidak tahu apa-apa tentang urusan perceraian yang rumit. Ibu aku hanyalah orang kampung yang berhijrah ke bandar, ingin mencari rezeki halal.
Ini cerita hampir 20 tahun lepas ya, bukannya macam sekarang, zaman Facebook dan teknologi di hujung jari, zaman di mana grab, kereta sewa mudah dicari.
Tinggallah ibu bersama anak-anaknya.
Ibu melakukan dua kerja pada waktu yang sama. Seawal jam 2-3 pagi, dia sudah bangun, menyediakan jualan kuih. Pada pukul 5 pagi, aku dan abang aku terpaksa bangun awal untuk membantu ibu membuat kuih. 6.30 pagi ibu sudah pergi ke kantin sekolah, dia juga seorang tukang masak kantin.
Balik rumah hampir pukul 6 petang, dengan lauk lebihan di kantin itulah makanan kami sekeluarga. Kami bahagia dengan cara tersendiri. Kerana penat di tempat kerja, selepas kerja ibu biasanya akan tidur, iyalah perlu bangun awal pula nanti.
Kami adik beradik harus belajar menguruskan diri sendiri. Seawal darjah satu, aku sudah pandai menanak nasi, jika hari itu tiada lebihan lauk daripada ibu, maka makan nasi dengan kicap lah kami.
Semestinya ayah datang melawat kami, mahu meminta wang daripada ibu. Kami masih kecil, manalah tahu ayah kami rupanya tidak ubah seperti setan perangainya. Menghabiskan duit orang kerja hakikinya.
Disebabkan words limit, sampai disini kisah aku, semoga tuhan memberkati kita semua.
Kredit Gambar: Pelindung Seorang Puteri
Nota: Gambar utama hanyalah gambar hiasan semata-mata.
Kisah ini dikongsi oleh Nas untuk peraduan GempakSpot X Althea. Beberapa ejaan, perkataan dan ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca.
Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.
Kepada anda yang berminat untuk menyertai peraduan GempakSpot X Althea, hantarkan karya anda sekarang sebelum tarikh tutup peraduan pada 25 Oktober 2020 ke GempakSpot
Must-Watch Video